Now Reading
Selangor Cadang Haramkan Kedai Haiwan Peliharaan Jual Kucing & Anjing, Dalam Fasa Terakhir Lancar ‘Fur Shelter’

Selangor Cadang Haramkan Kedai Haiwan Peliharaan Jual Kucing & Anjing, Dalam Fasa Terakhir Lancar ‘Fur Shelter’

Kerajaan Selangor mengumumkan cadangan larangan penjualan kucing dan anjing ke atas kedai haiwan peliharaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Forum Pengurusan Anjing Terbiar Selangor 2023 telah diadakan pada 12 Jun anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bersama Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor.

Di sesi tersebut, EXCO Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han mengumumkan cadangan untuk mengharamkan penjualan kucing dan anjing di kedai-kedai haiwan peliharaan di Selangor, lapor The Star.

Ng berkata kedai haiwan peliharaan sebaliknya boleh menumpukan pada penjualan makanan haiwan peliharaan sahaja.

Di konstituensi Kinrara, kami melakukan program pengambilan haiwan peliharaan setiap minggu di luar pusat beli-belah IOI Mall Puchong dan sebanyak 20 ekor diambil setiap bulan.

EXCO Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han

Menurut Ng, jika semua majlis tempatan melakukan program sedemikian, kadar pengabaian haiwan peliharaan boleh dikurangkan.


Pencinta Haiwan Sokong Haramkan Penjualan Haiwan

Pengumuman cadangan tersebut menerima sokongan daripada ramai pencinta haiwan yang hadir ketika itu.

Amy Lau, bekas pemilik kedai haiwan peliharaan, berkata dia telah secara sukarela berhenti menjual haiwan dan telah menutup kedainya sekitar 10 tahun lalu.

Lau berkata banyak kedai haiwan peliharaan kini menjual haiwan dalam kuantiti yang sedikit. Dia mencadangkan individu yang ingin memiliki haiwan peliharaan supaya mendapatkannya dari pembiak haiwan atau mengambil haiwan jalanan.

Kebanyakan pembeli haiwan peliharaan adalah orang muda. Mereka akan beli haiwan peliharaan untuk kekasih. Mereka kemudian hilang minat untuk menjaga dan mengabaikan haiwan tersebut.

Amy Lau

Menurut Lau, sesetengah haiwan yang dijual di kedai mungkin hasil pembiakan yang tidak bertanggungjawab. Haiwan tersebut dikurung di dalam sangkar bertahun-tahun dengan tujuan utama untuk pembiakan. Lau berkata ini adalah satu bentuk kekejaman terhadap haiwan.

Menurut seorang lagi individu, Hayathi Ismail yang hadir ketika itu berkata pembiakan haiwan peliharaan di rumah juga perlu diharamkan. Mereka akan mengiklankan haiwan yang dibiak di media sosial serta menjualnya kepada kedai haiwan peliharaan.

Cadangan terhadap pengharaman itu turut disokong oleh ramai pengguna Twitter.

Seorang pengguna Twitter, Mardhiah pula mencadangkan supaya haiwan peliharaan mamalia kecil seperti hamster, landak kecil dan tikus belanda turut dilarang.


Kerajaan Selangor Dalam Fasa Terakhir Lancar ‘Fur Shelter’

Pada masa yang sama, kerajaan Selangor kini dalam fasa terakhir untuk mewujudkan sebuah pusat penempatan haiwan jalanan yang diinspirasi daripada konsep dari luar negara.

Digelar Fur Shelter, pusat tersebut akan menyediakan beberapa kemudahan seperti pusat penjagaan haiwan terbiar, kedai haiwan peliharaan, pusat informasi, perkhidmatan veterinar serta Dog and Cat Park.

Ng berkata Fur Shelter akan menjalankan promosi pengambilan haiwan terbiar, program pendidikan dan mengutip dana secara mampan melalui pelbagai aktiviti.

Setakat 31 Mei, MBSJ dan Majlis Daerah Sabak Bernam masing-masing mencatatkan 1,000 dan 3,000 aduan tentang anjing liar.


Hukum Jual Beli Kucing & Anjing Sebagai Haiwan Peliharaan

Sebagai umat Islam, penting untuk kita tahu tentang hukum penjualan dan pembelian kucing untuk dibela di rumah.

Terdapat dua pendapat berkenaan hukum jual beli kucing. Pendapat pertama mengharamkan jual beli kucing berdasarkan hadis daripada Abu Zubair RA.

Aku (Abu Zubair) bertanya kepada Jabir (seorang sahabat Nabi SAW) berkenaan jual beli anjing dan al-Sinnur (kucing). Dia menjawab bahawa Rasulullah SAW melarang perkara itu.

Riwayat Muslim (1569)

Dalam hadis lain riwayat Jabir bin Abdullah RA:

Rasulullah SAW melarang makan duit hasil penjualan anjing dan kucing.

Hadis Riwayat Abu Daud (3479) dan Tirmidzi (1279)

Pendapat kedua adalah kucing boleh dijual beli jika memiliki manfaat seperti untuk menangkap tikus. Namun begitu, kucing liar tetap tidak boleh dijual beli.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan cenderung kepada hukum makruh apabila melibatkan pembelian dan penjualan kucing.

Anjing pula sudah jelas haram dibela sebagai haiwan peliharaan, apatah lagi dijual dan dibeli. Akan tetapi, anjing boleh dibela untuk tujuan tertentu seperti menjaga kebun dan memburu.

Walaupun begitu, majoriti ulama berpendapat haram jual beli anjing walaupun untuk tujuan tertentu dan bukan sebagai haiwan peliharaan.

Pendapat ini adalah berdasarkan beberapa hadis sahih seperti dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim yang mana Rasullah SAW jelas melarang mengambil bayaran hasil jualan anjing.

Walaupun anjing tidak boleh dijual beli, namun upah untuk tujuan melatih anjing diharuskan oleh Mazhab Syafie.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd