Now Reading
Foto Anjing Diikat Belakang Lori & Diseret Atas Jalan Undang Pelbagai Reaksi

Foto Anjing Diikat Belakang Lori & Diseret Atas Jalan Undang Pelbagai Reaksi

Saksi kejadian memaklumkan dia terlihat anjing itu dirantai dan diseret di belakang lori ketika sedang melalui jalan raya di Serdang Jaya, Selangor sekitar jam 6:00 pagi.

Foto Anjing Diikat Belakang Lori & Diseret Atas Jalan Undang Pelbagai Reaksi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, tular sebuah gambar memaparkan kejadian tidak diingini berlaku kepada seekor anjing yang dilihat oleh orang awam ketika berada di jalan raya.

Kejadian ini mula mendapat perhatian ramai apabila seorang pengguna Instagram (Salehatul Khuzaimah M.Ali) memuat naik gambar menunjukkan keadaan seekor anjing berwarna hitam dirantai di belakang sebuah lori.

Lebih menyayat hati apabila anjing itu dipercayai diseret ketika lori tersebut bergerak di atas jalan raya.

Saksi kejadian memberitahu bahawa dia ternampak kejadian itu di Serdang Jaya, Selangor pada Rabu lalu (26 April) sekitar jam 6:00 pagi.

Walau bagaimanapun, saksi tidak dapat memastikan sama ada anjing tersebut masih hidup atau tidak ketika kejadian.

Dan tidak dapat dipastikan juga sama ada perbuatan tersebut disengajakan atau pun tidak. Sis cuba nak bersangka baik mungkin dia tak perasan anjing tu diikat? Perbuatan sebegini adalah tidak boleh diterima.

Pengguna Instagram, Salehatul Khuzaimah M. Ali.

Dalam pada itu, pemilik akaun juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk segera membuat laporan kepada pihak polis, Jabatan Perkhidmatan Veterinar atau Lembaga Kebajikan Haiwan.


Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Selepas Lihat Foto Anjing Terbaring Atas Jalan Sambil Diikat Belakang Lori

Gambar anjing yang terbaring di atas jalan ketika diikat di belakang lori menjadi tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai netizen.

Rata-rata daripada netizen mengutuk perbuatan kejam itu yang dianggap tidak berperikemanusiaan kerana sanggup menganiaya haiwan.

Mereka turut menggesa pihak polis untuk melakukan siasatan terhadap kes ini dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku.

NOTA KAKI: Berdasarkan maklumat dari saksi, kes ini sudah berada dalam siasatan pihak polis.

Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) Juga Mengutuk Tindakan Kejam Terhadap Anjing Tersebut

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook (Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia – SAFM), pihak mereka turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berhati perut yang dilakukan terhadap anjing berkenaan.

Menurut SAFM, mereka telah menerima aduan daripada orang awam pada 26 April lalu berhubung tularnya gambar kejadian di Serdang Jaya itu.

SAFM turut menggesa saksi kejadian untuk tampil membuat aduan kepada Jabatan Veterinar dan menyeru pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap insiden tersebut.

Menyeksa binatang merupakan salah dari segi undang-undang Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang boleh disabit kesalahan penjara tidak melebihi dua tahun atau denda maksima RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

BACA JUGA: Lelaki Panah Kepala Anjing Hingga Mati Di Wangsa Maju Kini Diburu Polis

BACA JUGA: Jiran Selamba Langgar Kucing Orang Lain Di Tengah Jalan Sehingga Cedera


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd