Now Reading
Lelaki Panah Kepala Anjing Hingga Mati Di Wangsa Maju Kini Diburu Polis

Lelaki Panah Kepala Anjing Hingga Mati Di Wangsa Maju Kini Diburu Polis

Kejadian lelaki memanah kepala anjing itu dipercayai berlaku di Sky Awani 3, Setapak, Wangsa Maju pada Rabu lalu (21 September).

Polis Buru Lelaki Panah Kepala Anjing Sehingga Mati Di Wangsa Maju

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Terbaharu, satu kejadian tidak diingini tular selepas satu video tersebar di media sosial menunjukkan seorang lelaki didakwa memanah seekor anjing di bahagian kepala sehingga mati.

Menerusi rakaman dimuat naik di Facebook (Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia), lelaki berbaju hitam itu cuba untuk mengekori anjing berkenaan sambil memegang anak panah miliknya sebelum menyasarkannya kepada haiwan itu.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran sebuah residensi di Sky Awani 3, Setapak, Wangsa Maju pada Rabu lalu (21 September).

Polis sedang buru lelaki panah anjing di Wangsa Maju

Berikutan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh orang awam semalam (25 September) selepas melihat video tular menunjukkan tindakan tidak bertanggungjawab lelaki berkenaan memanah anjing.

Dalam satu kenyataan dimuat naik di laman Facebook (Polis KL), pihak polis kini telah membuka satu kertas siasatan dan sedang mengesan suspek memanah anjing di Wangsa Maju seperti yang tular di media sosial.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772). Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tiga tahun atau denda tidak kurang RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Kakisan dan Bahan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang memperuntukkan hukuman penajra minimum lima tahun serta penjara maksimum 10 tahun.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Maklumat boleh disalurkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di talian 03-92899222 atau DCC IPD Wangsa Maju di talian 03-92899110.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd