Now Reading
[Video] Netizen Geli Hati Lihat Anjing Ini Ambil Parcel Tuan, Siap Tangkap Gambar Bukti!

[Video] Netizen Geli Hati Lihat Anjing Ini Ambil Parcel Tuan, Siap Tangkap Gambar Bukti!

Seekor anjing betina berbaka Shih Tzu dilihat telah mengambil parcel milik tuannya daripada seorang rider Shopee di pagar rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum bahawa anjing merupakan satu haiwan peliharaan yang bijak serta mendengar kata tuannya.

Berbanding dengan kucing, anjing disifatkan sebagai haiwan peliharaan yang lebih setia terhadap pemilik seperti kisah Hachiko yang menunggu tuannya bertahun-tahun sehingga mati di stesen keretapi Shibuya, Jepun.

Bukan itu sahaja, haiwan tersebut juga dikatakan telah banyak membantu ‘owner’ yang dianggap sebagai keluarga sendiri untuk melakukan kerja rumah dan sebagainya.


Anjing Jadikan Rutin Ambil Parcel Tuan Di Pagar Rumah

Seperti baru-baru ini, tular hantaran di laman TikTok (@brandyyap322), menyaksikan seekor anjing kecil berbaka Shih Tzu telah mengambil parcel tuannya daripada seorang rider di pagar rumah.

Kalau dilihat dari video itu, anjing bijak dikenali sebagai Pin Pin telah berdiri di pagar lalu menunggu dengan sabar agar rider Shopee menghulurkan barang dipesan kepadanya.

Selepas mengambil parcel, Pin Pin yang memakai baju warna oren itu kemudian dilihat masuk ke dalam rumah sambil menggoyang-goyangkan ekornya.

https://www.tiktok.com/@brandyyap322/video/7295320486219681025?_r=1&_t=8h8EG3NYWQx

Anjing Pose Bergambar Sebagai Bukti Pembelian

Menjengah ke akaun TikTok itu, pemilik anjing tersebut yang dikenali sebagai Brandy telah memuat naik banyak video menunjukkan Pin Pin mengambil parcel sebelum ini.

Dalam salah satu hantaran yang dikongsi, Pin Pin dilihat telah ‘posing’ bergambar apabila rider mahu mengambil gambar bukti penghantaran menerusi telefonnya. Memang comel!

Sumber: TikTok (@brandyyap322)

Reaksi Netizen Lihat Telatah Anjing Bijak Ambil Parcel Di Pagar

Rata-rata warganet di ruangan komen perkongsian dilihat terhibur dengan aksi Pin Pin yang bijak itu.

Ada juga netizen yang tertanya-tanya apakah yang bakal dilakukan oleh Pin Pin sekiranya tiada parcel diterima pada hari tertentu.

Menjawab kepada pertanyaan tersebut, Brandy berkata bahawa anjingnya bakal menunggu sahaja sehingga ada parcel yang tiba di rumah.

Selain itu, ada juga netizen yang mengharapkan agar peniaga barangan haiwan peliharaan memberi sponsor kepada Pin Pin agar anjing itu bakal sentiasa menerima barangan di rumah.

“Seller barangan haiwan peliharaan tolong sponsor Pin Pin. Pening owner nak beli barang online setiap hari,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@brandyyap322)

Baca Artikel Berkaitan: “Jom Standby Makanan Haiwan Dalam Beg & Kereta” – 2 Individu Raih Pujian, Beri Kucing & Anjing Makan

Baca Artikel Berkaitan: Si Bulus ‘Makan Angin’ Atas Kereta Bergerak Buat Orang Ramai Terhibur

Baca Artikel Berkaitan: “Makan Kismis Ke Pandai Macam Ni” – Si Bulus Sebut ‘Tolong’ Undang Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd