Now Reading
“Jom Standby Makanan Haiwan Dalam Beg & Kereta” – 2 Individu Raih Pujian, Beri Kucing & Anjing Makan

“Jom Standby Makanan Haiwan Dalam Beg & Kereta” – 2 Individu Raih Pujian, Beri Kucing & Anjing Makan

Kedua-dua individu baik hati ini dilihat pandai mengambil hati haiwan-haiwan jalanan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Individu yang baik ini sememangnya ada di mana-mana sahaja. Terutamanya apabila melibatkan hidupan liar seperti anjing jalanan di seluruh Malaysia.

Baru-baru ini, seorang wanita baik hati yang dikenali sebagai Kak Wa berkongsi video tular dan menyentuh hati di Tiktok memaparkan dia sedang memberikan makan kepada seekor anjing jalanan yang diberi nama Tam.

Sekali panggil ‘Tam’ pun dia dah kenal. Comel sungguh.

Dalam video itu, kita dapat melihat Tam berlari gembira ke arah Kak Wa ketika dia memanggil namanya sambil membawa makanan.

Korang, jom sama-sama standby makanan haiwan dalam beg atau dalam kereta atau motor tau. Kesian dorang lapar.

Kak Wa menerusi kapsyen TikTok.
@aiwahida Korang, jom sama sama standby makanan haiwan dalam bag atau dalam kereta/ motor tau. Kesian dorang lapar 😭 Btw korang ada cadangan makanan anjing yang elok? Wetfood kalau boleh… Buat masa ni wawa hanya bagi cat wetfood je kat anjing.. #anjingjalanan #kucingjalanan #straydogs #straycats #TamSiAnjing ♬ original sound – Ai Wahida – Kak Wa ❤️

Dalam video tersebut, kita juga boleh perhatikan bahawa Tam adalah sejenis anjing yang takut dengan manusia kerana dia berlari menjauh pada saat suami Kak Wa keluar dari kenderaannya, tetapi tidak menjauhi Kak Wa yang sudah dikenalinya.

Sekiranya anda menjengah setiap video dan konten berkaitan haiwan di laman TikTok, anda akan menemui ramai juga netizen yang baik di mana mereka turut membantu memberi makanan dan menjaga anjing atau kucing jalanan agar sentiasa kenyang.

Bukan setakat Kak Wa, seorang lagi pemberi makanan buat haiwan jalanan iaitu Aunty Aileen juga sudah menyelamatkan puluhan anjing jalanan di Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh Instagram @myforeverdoggo.

Sumber: @mydogshaven/Instagram.

Wanita berusia 65 tahun ini sangat bersemangat untuk membantu anjing-anjing ini sehingga dia sanggup bangun awal setiap pagi untuk memberi makan, berjalan dan kadangkala turut memandikan kesemua 35 anjing yang diselamatkan olehnya.

Dalam satu video yang dikongsikan oleh akaun Instagram Aunty Aileen, yang juga pengasas My Pets Haven, beliau berkongsi bahawa mereka juga akan memandulkan anjing betina untuk memudahkan proses adopsi dan risau jikalau orang lain tidak mahu melakukannya.

Beliau juga menekankan bahawa mereka juga memandulkan anjing jantan untuk mengelakkan kehamilan tidak diingini yang boleh menyebabkan peningkatan jumlah anjing jalanan.

Aunty Aileen juga menambahkan bahawa organisasinya memerlukan bantuan semua pihak dan sentiasa gembira jika ada sukarelawan datang membantu membersihkan sangkar dan membawa anjing-anjing berjalan.

Jika anda ingin membantu beliau dan anjing-anjing tidak bernasib baik ini, boleh terus ke Instagram @mypetshaven!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd