Now Reading
Si Bulus ‘Makan Angin’ Atas Kereta Bergerak Buat Orang Ramai Terhibur

Si Bulus ‘Makan Angin’ Atas Kereta Bergerak Buat Orang Ramai Terhibur

Pemandu berkenaaan kemudian memanjat kereta ketika berhenti di kawasan lampu isyarat untuk mengambil kucing tersebut yang merupakan haiwan peliharaannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kucing merupakan haiwan popular dan digemari ramai bukan sahaja kanak-kanak, malah termasuk mereka yang sudah berumur.

Bagi mereka yang mempunyai pengalaman membela kucing di rumah, pasti anda akan bersetuju bahawa si bulus ini mempunyai banyak kerenah dan ragam.

Walaupun makhluk comel ini selalu buat hal, namun ia tetap diberikan perhatian dan kasih sayang bahkan dianggap seperti keluarga sendiri.


Individu Tidak Sedar Kucing Peliharaannya Duduk Atas Kereta Yang Dipandu

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman X (Twitter @erneindee) yang mencuit hati menyaksikan seekor kucing kelihatan sedang duduk santai di atas bumbung sebuah kereta berwarna kuning yang sedang dipandu oleh seorang individu.

Dalam video sama, seorang lelaki memakai baju berwarna hijau dilihat keluar daripada kenderaannya lalu pergi menegur pemandu kereta berwarna kuning itu.

Individu berkenaan berbuat demikian sewaktu keretanya sedang berhenti pada lampu merah di kawasan lampu isyarat.

Alangkah terkejutnya si pemandu setelah menyedari kucing peliharaannya sedang duduk dengan tenang ‘makan angin’ di atas bumbung kereta yang dipandu.

Tanpa membuang masa, pemilik kucing yang dilihat menepuk dahinya dengan segera memanjat kereta untuk mengambil makhluk comel itu.

Dengan ekspresi muka yang lega, lelaki itu kemudian memeluk dan membawa masuk si bulus tersebut ke dalam kereta.

Sumber: X (Twitter @erneindee)

Warganet Terhibur Lihat Telatah Kucing Duduk Sambil ‘Makan Angin’ Atas Kereta

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai geli hati melihat telatah si bulus yang tenang menikmati perjalanan tersebut.

Menurut individu yang berkongsi hantaran berkenaan, kucing peliharaanya juga pernah melakukan perkara yang sama. Dia hanya menyedari kehadiran kucingnya itu apabila tiba ke destinasi yang dituju iaitu di sebuah restoran.

“Pak aku ada cakap macam ada bunyi kucing, rupanya sampai kedai makan memang ada atas kereta,” kata pengguna bernama Eindee.

“Dah elok pakai stoking, mestilah nak ikut bapak dia ronda-ronda,” ujar seorang pengguna dengan nada berjenaka.

Macam-macam hal si bulus ni, banyak-banyak tempat situ juga dia nak duduk.

Sumber: X (Twitter @erneindee)

Baca Artikel Berkaitan: Kucing Asyik Berak Depan Rumah? Guna 7 Bahan Ini Untuk Halau Si Bulus

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Material Meow” – Wanita Sanggup Beli Rantai Kucing LV Buat Si Bulus Kesayangan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terhibur Tengok Kucing Tolong Budak Kecil Buka Pintu

Sumber: X (Twitter @erneindee)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd