“Makan Kismis Ke Pandai Macam Ni” – Si Bulus Sebut ‘Tolong’ Undang Perhatian Ramai
Seekor kucing pintar berwarna putih bercampur coklat dilihat telah menyebut perkataan ‘tolong’ berulang kali setelah disuruh oleh tuannya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bagi mereka yang mempunyai haiwan peliharaan di rumah lebih-lebih lagi seekor kucing, pasti anda akan bersetuju bahawa haiwan ini mempunyai banyak kerenah.
Menumpahkan makanan, menyepahkan pakaian, mencakar sofa, buang air besar merata tempat dan pelbagai lagi.
Namun bila ditegur, pandai pula dia menjawab. Seolah-olah kucing ini faham pula apa yang dikatakan oleh tuannya.
Kucing Bijak Ikut Majikan Sebut ‘Tolong’
Seperti baru-baru ini, tular satu hantaran yang dimuat naik di laman TikTok (@captainan__) menunjukkan seekor kucing peliharaan yang mahir menyebut perkataan ‘tolong’.
Kalau anda dengar sendiri dari video itu, memang jelas kucing comel itu menyebut perkataan tersebut.
Haiwan comel berkenaan yang dilihat memandang ke arah wajah lelaki itu dengan selamba mengikuti percakapan ditutur.
“Cepat cakap kuat sikit, tolong…,” kata si pemilik kucing.
Kucing yang berwarna putih bercampur coklat itu, telah menyebut perkataan tersebut beberapa kali sambil dipeluk oleh seorang individu yang dipercayai tuannya.
“Tolong! tolong…,” ujar si bulus itu.

Warganet Terhibur Lihat Telatah Kucing Yang Pandai Bercakap
Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, orang ramai dilihat terhibur dengan kelakuan si bulus yang pandai berkata-kata.
“Sudahlah ajar kucing bercakap, dia pandai mintak macam-macam baru majikan tahu,” kata seorang pengguna dengan nada berjenaka.
Ada juga pengguna dilihat membandingkan kepandaian kucing comel itu bercakap dengan haiwan peliharaannya di rumah yang bisu.
“Kucing saya dua-dua ‘speech delay’,” ujar seorang wanita.
Lebih mencuit hati adalah apabila seorang individu berkata kucing peliharaanya sering memarahinya ketika sudah terjaga daripada tidur.
“Masa nak mintak sesuatu je dia jadi baik,” katanya.
Ramai juga telah merungut di ruangan komen tersebut dengan mengatakan kucing yang dimiliki oleh mereka tidak sepandai si bulus dalam video itu.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Material Meow” – Wanita Sanggup Beli Rantai Kucing LV Buat Si Bulus Kesayangan
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terhibur Tengok Kucing Tolong Budak Kecil Buka Pintu
Baca Artikel Berkaitan: Kucing Comel Tersekat Dalam Lubang Air, Terpaksa Minta Tolong Abang Bomba
Anda di luar sana ada pengalaman pelik dan kelakar bersama si bulus kesayangan? Jom kongsikan kisah anda bersama kami.
Sumber: TikTok (@captainan__)
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram



