Now Reading
[Video] Kanak-kanak Maut Selepas Terkena Gigitan Anjing Pembawa Penyakit Rabies, Badan Alami Gejala ‘Takut Air’

[Video] Kanak-kanak Maut Selepas Terkena Gigitan Anjing Pembawa Penyakit Rabies, Badan Alami Gejala ‘Takut Air’

Kanak-kanak yang diserang penyakit Rabies selepas digigit anjing liar itu mengalami gejala hidrofobia sebelum disahkan telah meninggal dunia.

[Video] Kanak-kanak Alami Gejala 'Takut Air' Selepas Digigit Anjing Pembawa Rabies

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Penyakit Anjing Gila atau juga disebut sebagai Rabies merupakan masalah yang boleh mengakibatkan sistem saraf tubuh badan manusia dijangkiti virus menerusi gigitan haiwan.

Walau bagaimanapun, simptom penyakit ini hanya akan muncul selepas 20 hingga 60 hari selepas digigit haiwan yang menjadi pembawa Rabies tersebut.


Kanak-kanak Meninggal Dunia Selepas Menjadi Mangsa Gigitan Anjing Liar Pembawa Rabies

Terbaharu, tular satu video dimuat naik di laman TikTok (@sultanrohman86) menunjukkan keadaan seorang kanak-kanak enam tahun di Indonesia yang mengalami simptom gigitan anjing pembawa Rabies.

Di dalam video itu, kanak-kanak berkenaan mengalami gejala hidrofobia di mana badannya berasa sangat haus tetapi tidak boleh menerima sebarang cecair yang masuk ke dalam tubuh badan.

Setiap kali minum, mangsa akan memuntahkannya dan badan mereka seakan-akan terkena sawan.

Ibu bapa kanak-kanak itu juga cuba untuk menenangkan anaknya tetapi tidak berjaya apabila badannya bergerak tanpa kawalan.

Ini kerana otak mangsa dikatakan telah hancur lebur kerana telah ‘dimakan’ oleh virus Rabies yang tersebar selepas mendapat gigitan dari anjing liar.

Memetik laporan CNN Indonesia, kanak-kanak berkenaan telah disahkan meninggal dunia pada 11 Jun yang lalu.


Netizen Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa

Di ruangan komen video tersebut, ramai netizen yang meluahkan rasa kasihan melihat keadaan kanak-kanak itu yang kelihatan sangat haus tetapi badannya sudah tidak boleh menerima air.

Video tersebut juga membuatkan segelintir netizen ‘lemah’ melihat keadaan kanak-kanak itu yang sudah agak lemah.

Dalam pada itu, orang ramai turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa selepas apa yang berlaku kepada anak mereka.


Jangan Ambil Mudah Tentang Penyakit Rabies

Penyakit Rabies ini sangat berbahaya kerana ia boleh membawa maut. Negeri Sarawak telah mencatatkan sebanyak sembilan kematian daripada sejumlah 11 kes melibatkan jangkitan Rabies pada tahun 2023.

Bagi mengelakkan berlakunya peningkatan dalam kes ini, masyarakat perlu mengambil tahu tentang langkah yang perlu dilakukan untuk mencegahnya.

Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anda Digigit Oleh Haiwan Pembawa Rabies?

  • Segera mencuci bahagian tubuh badan yang digigit menggunakan sabun.
  • Biarkan air mengalir pada bahagian gigitan sekurang-kurangnya 15 minit bagi menghilangkan kesan air liur.
  • Dapatkan rawatan luka dengan segera di klinik atau hospital berhampiran.
  • Patuhi arahan doktor dengan mengikuti jadual suntikan vaksin anti-rabies jika perlu.
Sumber: Freepik

Tanda-tanda Terkena Jangkitan Rabies

  • Demam
  • Sakit dan lenguh pada tempat gigitan
  • Kelesuan otot badan
  • Sakit kepala

Gejala Penyakit Rabies

  • Keresahan dan kegelisahan
  • Perubahan sikap secara tiba-tiba
  • Ketakutan pada air
  • Insomnia
  • Lumpuh

Langkah-langkah Pencegahan Penyakit Rabies

  • Memastikan anjing atau kucing peliharaan telah mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan.
  • Elakkan haiwan peliharaan mempunyai kontak dengan anjing liar.
  • Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat dan bersikap agresif, segera dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  • Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal.
  • Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

Jangkitan Lyssavirus dari haiwan seperti anjing yang dijangkiti Rabies boleh menyebabkan kematian 100% apabila tanda-tanda penyakit ini mula timbul.

Oleh itu, semua pihak perlu berhati-hati dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penyakit Rabies ini tersebar dalam kalangan masyarakat.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd