Now Reading
Punca Penyakit Rabies: Bangkai Anjing. Hati-hati!

Punca Penyakit Rabies: Bangkai Anjing. Hati-hati!

Kes Rabies menunjukkan lonjakan ketara iaitu sebanyak 70 peratus berbanding 10 kes yang dilaporkan pada tahun lepas dalam tempoh waktu yang sama.

bangkai anjing rabies

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penyakit anjing gila atau lebih dikenali sebagai Rabies ialah sejenis penyakit yang mampu merosakkan sistem saraf manusia melalui jangkitan virus.

Jangkitan virus ini boleh merebak melalui gigitan oleh haiwan liar seperti anjing dan kucing yang bersikap agresif.

Sebelum ini, satu kes Rabies dilaporkan berlaku di Indonesia apabila kanak-kanak berumur enam tahun telah meninggal dunia selepas digigit anjing pembawa penyakit itu.

Baca Artikel Berkaitan:[Video] Kanak-kanak Maut Selepas Terkena Gigitan Anjing Pembawa Penyakit Rabies, Badan Alami Gejala ‘Takut Air’


Kes Baru Penyakit Rabies Berpunca Dari Bangkai Anjing

Sepanjang bulan Ogos hingga 17 September yang lalu, satu lagi kes kematian disebabkan penyakit ini telah direkodkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak disebabkan satu faktor yang baru sahaja dikenal pasti.

Secara keseluruhannya, terdapat empat kes Rabies telah dicatat sepanjang tempoh berkenaan.

Memetik laporan Astro Awani, punca kepada jangkitan virus ini disyaki datang daripada bangkai seekor anjing.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak Dr Ooi Choo Huck, mangsa kes terbaharu ini dipercayai telah mengendalikan bangkai anjing peliharaannya sebelum disahkan maut.

Terdahulu, terdapat tiga lagi kes yang dilaporkan melibatkan seorang mangsa dicakar oleh kucing peliharaan, manakala dua lagi membabitkan individu digigit anjing peliharaan.

Sumber: Halodoc/NaTHNac

Kes Rabies Di Sarawak Meningkat Berbanding Tahun Sebelum Ini

Tambah beliau, sepanjang 1 Januari hingga 17 September, sebanyak 17 kes Rabies telah dicatatkan berlaku di Sarawak iaitu 15 daripadanya telah dilaporkan terkorban.

Bagi keseluruhan kes yang tercatat dalam negara ini, lima (5) kes datang daripada Sibu, Serian empat (4), Bahagian Kuching tiga (3), Bintulu tiga (3) dan Samarahan dua (2).

Kes ini menunjukkan lonjakan ketara iaitu sebanyak 70 peratus berbanding 10 kes sahaja yang dilaporkan pada tahun lepas dalam tempoh waktu yang sama.

“Kumulatif kes Rabies dalam kalangan manusia di Sarawak yang dilaporkan semenjak wabak diisytiharkan pada Julai 2017 sehingga kini adalah sebanyak 72 kes dengan 65 kematian,” jelas Dr Ooi.

Dalam pada itu, Dr Ooi menasihati orang ramai untuk tidak mengendalikan bangkai haiwan jika tidak mengetahui status kesihatannya bagi mengelakkan penularan penyakit tersebut.


Rabies Membawa Maut, Ini Sedikit Info Yang Perlu Diambil Perhatian

Umum sedia maklum penyakit Rabies ini amat berbahaya kepada manusia kerana ia mampu membawa maut.

Kepada mereka yang tidak pasti tentang perkara apa yang perlu dilakukan, di sini kami kongsikan beberapa info sebagai panduan untuk mencegah penyakit Rabies. Antaranya:

  • Mencuci bahagian yang digigit dengan kadar segera menggunakan sabun dan air bersih.
  • Membiarkan air bersih mengalir pada luka yang digigit untuk menghilangkan kesan air liur.
  • Memastikan haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing mengambil suntikan anti-rabies di klinik haiwan.
  • Membawa haiwan peliharaan ke klinik atau laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar sekiranya ia kelihatan agresif.
  • Melaporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan sekiranya terlihat anjing liar berkeliaran di tempat tinggal anda.
Sumber: Pexels

Tanda-tanda Anda Dijangkiti Penyakit Rabies:

  • Demam.
  • Rasa sakit dan lenguh pada bahagian badan digigit.
  • Otot badan berasa lesu.
  • Sakit kepala.

Hati-hati semua!

Baca Artikel Berkaitan: Wanita 29 Tahun Di Sabah Maut Diserang Anjing Liar

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Panah Kepala Anjing Hingga Mati Di Wangsa Maju Kini Diburu Polis

Sumber: Astro Awani | My Health


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd