Now Reading
Owner Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Naik Helikopter Untuk Jamu Selera

Owner Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Naik Helikopter Untuk Jamu Selera

Pemilik Restoran Dangau Langkawi itu menerima panggilan telefon dari pelanggan tidak dikenali untuk memaklumkan tentang kehadiran mereka ke kedai makan tersebut menaiki helikopter.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasannya kalau kita mahu pergi ke mana-mana, kereta adalah pengangkutan yang akan digunakan bagi memudahkan pergerakan.

Ada juga yang memilih untuk menaiki pengangkutan awam seperti LRT, MRT ataupun bas bagi mengelakkan diri dari terpaksa mengharungi kesesakan jalan raya selama berjam-jam.

Tetapi lain pula yang dilakukan oleh sekumpulan rakyat Malaysia ini ketika mereka mahu menjamu selera di sebuah kedai makan di Langkawi.


Sekumpulan Individu Pilih Untuk Naik Helikopter Ke Kedai Makan

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook (Zaidi Hassan), seorang pemilik kedai makan di Langkawi menunjukkan reaksi terkejut kerana tidak menyangka ada beberapa pelanggan yang sanggup menaiki helikopter untuk makan tengah hari di restorannya.

Dalam video tersebut, kelihatan sebuah helikopter berwarna hitam mendarat di kawasan lapang kira-kira 20 meter berhampiran Restoran Dangau Langkawi pada Ahad lalu (28 April).

Pemilik restoran berkenaan iaitu Zaidi Hassan menceritakan pihak mereka telah menerima panggilan daripada pelanggan tidak dikenali memaklumkan bahawa mereka mahu ke kedai tersebut menaiki helikopter.

Pada awalnya, Zaidi beranggapan bahawa panggilan tersebut adalah ‘prank’ sahaja.

Sumber: Facebook Zaidi Hassan

Namun 20 minit selepas menerima panggilan berkenaan, Zaidi terkejut apabila melihat sebuah helikopter mendarat di kawasan berhampiran restoran miliknya.

Terkejut dapat call tanya nak datang dangau untuk lunch tapi nak datang naik helikopter. Mula-mula saya ingat kawan melawak. Tapi dia cakap dalam 15 minit sampai. Selepas itu dengar bunyi helikopter makin dekat dan rendah.

Pemilik Restoran Dangau Langkawi, Zaidi Hassan.

Memetik sumber Berita Harian, Zaidi menjelaskan terdapat kira-kira enam individu yang menaiki helikopter berkenaan dan lebih 10 orang individu yang menyertai makan tengah hari itu.

Terdapat sekurang-kurangnya enam individu yang tiba menaiki helikopter, manakala makan tengah hari itu turut disertai antara 10 hingga 15 individu lain yang tiba dengan kereta hampir serentak.

Pemilik Restoran Dangau Langkawi, Zaidi Hassan.
Sumber: Facebook Zaidi Hassan

Zaidi turut menceritakan bahawa keseluruhan kos makan tengah hari mereka berjumlah RM500 dengan pelbagai jenis hidangan yang dipesan seperti kari ikan, udang sambal petai, ikan bakar, ulam-ulaman, sambal belacan dan minuman.

Mereka berada di restoran saya kira-kira sejam sebelum kesemuanya berlepas pulang. Saya tidak mengenali semua individu yang datang ke restoran saya dengan menaiki helikopter itu. Saya juga tidak pasti dan tidak bertanya mereka datang dari mana. Namun ada mendengar seorang dari kalangan mereka dipanggil dengan gelaran Datuk.

Pemilik Restoran Dangau Langkawi, Zaidi Hassan.

Pendaratan helikopter itu turut dimaklumkan kepada Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari dan mendapat kebenaran dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).


Netizen Terkejut Tengok Ada Pelanggan Pergi Makan Tengah Hari Naik Helikopter

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menunjukkan reaksi terkejut dengan aksi beberapa individu yang sanggup menaiki helikopter semata-mata untuk menuju ke restoran berkenaan bagi tujuan makan tengah hari.

Sesetengah netizen menganggap perkara sedemikian jarang kali berlaku dan ia adalah sesuatu yang luar biasa.

“Memang rare ni. Tahniah Cik Di dan Cik Na,” ujar netizen.

Ada juga netizen yang kagum dengan perkara tersebut dan sempat menitipkan doa agar pemilik restoran berkenaan semakin dilimpahi rezeki.

“Tudia dahsyat pelanggan hangpa. Semoga dimurahkan rezeki,” kata netizen.

Sumber: Facebook Zaidi Hassan

Terdahulu, perkara sama pernah berlaku pada tahun 2022 di mana sekumpulan individu berpangkat Datuk menaiki helikopter dari Kuala Lumpur ke Segamat, Johor untuk menikmati bufet durian.

Difahamkan ahli perniagaan tersebut telah menempah bufet durian untuk dimakan oleh empat orang.

Baca Artikel Berkaitan: [Watch] Datuk Takes Helicopter From KL To Segamat For Durian Buffet, And It’s Not Musang King


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd