Now Reading
Langkawi International Airport Sekali Lagi Rangkul Anugerah Lapangan Terbang Terbaik Di Asia Pasifik

Langkawi International Airport Sekali Lagi Rangkul Anugerah Lapangan Terbang Terbaik Di Asia Pasifik

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) telah mendapat pengiktirafan anugerah yang sama dari Airports Council International (ACI) sebanyak tiga tahun berturut-turut sejak 2021.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pulau Langkawi adalah salah satu destinasi percutian yang menjadi tumpuan masyarakat tempatan dan juga antarabangsa.

Terbaharu, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) telah dinobatkan oleh Airports Council International (ACI) sebagai lapangan terbang terbaik di Asia Pasifik bagi tahun 2023.

LIA yang berjaya menguruskan dua hingga lima juta penumpang di lapangan terbang mereka itu merangkul anugerah berkenaan dalam kategori sama sebanyak tiga tahun berturut-turut sejak 2021.

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@MY_Airports) anugerah berkenaan telah dipilih sendiri oleh para penumpang yang menggunakan khidmat di LIA.


Pengiktirafan Ini Bukti Komitmen LIA Menjaga Kualiti Perkhidmatan

Memetik kenyataan dari Malaysia Airports, tinjauan ini dilakukan dengan menilai tahap kepuasan melibatkan lebih 30 metrik prestasi bagi melihat penilaian menyeluruh terhadap perkhidmatan lapangan terbang.

Pada tahun 2023, lebih 400 lapangan terbang telah mengambil bahagian dalam program tersebut dengan mengumpulkan hampir 600,000 tinjauan dari para penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Mohamed Rastam Shahrom berkata pengiktirafan berprestij yang diterima ini menunjukkan komitmen LIA yang tidak berbelah bahagi untuk memberikan standard perkhidmatan yang luar biasa secara konsisten.

Kami amat mementingkan pengalaman penumpang bukan sahaja untuk meninggalkan kesan positif terhadap Malaysia tetapi juga menyumbang kepada visi menjadikan Langkawi sebagai destinasi yang tiada tandingannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Mohamed Rastam Shahrom.

Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) Pernah Merangkul Anugerah Sama Pada 2022 Dan 2021

Pada tahun 2021, LIA dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga telah diberikan anugerah sama oleh Airports Council International (ACI) antara lapangan terbang terbaik di dunia.

Baca Artikel Berkaitan: KLIA & LGK Dipilih Sebagai Antara Lapangan Terbang Terbaik Dunia

Ciri-ciri lapangan terbang terbaik ini dinilai dari segi kepuasan penumpang terhadap keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan.

Sumber: X (@MY_Airports)

Kemudian pada tahun 2022, KLIA dan LIA sekali lagi merangkul anugerah sama dalam kajian Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) untuk suku kedua tahun 2022.

Kedua-dua lapangan terbang ini meraih skor 5.00 dalam tinjauan oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) yang mengambil kira kepuasan penumpang secara keseluruhan daripada segi keselammatan, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan kawasan.

Baca Artikel Berkaitan: 2 Lapangan Terbang Di Malaysia Dinobatkan Antara Yang Terbaik Di Dunia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd