Now Reading
KLIA & LGK Dipilih Sebagai Antara Lapangan Terbang Terbaik Dunia

KLIA & LGK Dipilih Sebagai Antara Lapangan Terbang Terbaik Dunia

Menurut Pengarah Urusan Malaysia Airports, bagi KLIA, tiga pujian yang diterima melalui tinjauan ASQ adalam proses yang lancar di titik sentuh, bantuan di lapangan yang sopan dan daftar masuk pantas di kaunter.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) dipilah sebagai antara lapangan terbang terbaik di dunia dalam kajian Kualiti Perkhidmatan Lapangan Terbang (ASQ) untuk suku kedua tahun 2022.

Kedua-dua lapangan terbang ini meraih skor 5.00 dalam tinjauan oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) yang mengambil kira kepuasan penumpang secara keseluruhan daripada segi keselammatan, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan kawasan.

LGK dapat mata penuh dalam kategori 2.0 – 5.0 mppa

Pencapaian membanggakan KLIA ini turut dikongsi dengan tujuh lapangan terbang lain dalam kategori lebih 40 juta penumpang setahun (mppa).

Bagi LGK pula, ia adalah satu-satunya lapangan terbang yang mendapat mata penuh dalam kategori 2.0 hingga 5.0 mppa.

Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holding Berhad, Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata, ia lebih mencabar untuk terus mengekalkan pengalaman penumpang yang hebat apabila mereka harus mengalu-alukan lebih ramai penumpang di lapangan terbang.

Tidak goyah dan tetap komited

“Tetapi kami tidak akan goyah dalam komitmen kami untuk berbuat demikian. Keputusan ASQ terbaharu ini adalah manifestasi komitmen kami, yang bukan sahaja daripada Malaysia Airports tetapi seluruh komuniti lapangan terbang,” katanya dalam kenyataan media, semalam (16 Ogos).

Menurutnya, bagi KLIA, tiga pujian yang diterima melalui tinjauan ASQ adalam proses yang lancar di titik sentuh, bantuan di lapangan yang sopan dan daftar masuk pantas di kaunter.

Bulan lepas, kumpulan itu merekodkan 3.1 juta pergerakan domestik serta 1.6 juta pergerakan antarabangsa di Malaysia, peningkatan 26% berbanding bulan sebelumnya.

Sehingga kini, kedua-dua sektor telah menunjukkan aliran pemulihan yang meningkat dengan trafik domestik mencecah 66% dan antarabangsa sebanyak 18% daripada jumlah sebelum COVID-19.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd