Now Reading
2 Lapangan Terbang Di Malaysia Dinobatkan Antara Yang Terbaik Di Dunia

2 Lapangan Terbang Di Malaysia Dinobatkan Antara Yang Terbaik Di Dunia

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) mencapai skor sempurna 5.00 dalam katergori masing-masing.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA) telah dinobatkan oleh Airports Council International (ACI) antara lapangan terbang terbaik di dunia bagi tahun 2021.

Berdasarkan kaji selidik global Airport Service Quality (ASQ), KLIA dan LIA telah mencapai skor sempurna 5.00 dalam kategori masing-masing iaitu memberi perkhidmatan kepada lebih 40 juta pelanggan dalam setahun serta dua hingga lima juta pelanggan setahun di Langkawi.

Ciri-ciri lapangan terbang terbaik ini dinilai dari segi kepuasan penumpang terhadap keselamatan terminal, kemudahan, perkhidmatan dan kebersihan.

Penghargaan yang diterima ini dijadikan dorongan buat Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk mengekalkan stantard tinggi mereka lebih-lebih lagi ketika sempadan Malaysia bakal dibuka semula pada 1 April ini.

Sumber: Malay Mail

Pengarah Urusan Malaysia Airport Datuk Iskandar Mizal Mahmood meluahkan rasa gembira apabila dua lapangan terbang tanah air mendapat pengiktirafan dunia.

Walaupun kami telah mencapai skor tinggi pada tahun 2020, kami masih ketinggalan 0.02 mata daripada skor sempurna. Pada tahun 2021, pasukan kami telah berusaha keras untuk menutup jurang skor tersebut.

Pengarah Urusan Malaysia Airport Datuk Iskandar Mizal Mahmood.
Sumber: Myholidays

Antaranya penerbangan yang bakal kembali meneruskan laluan sebelum ini adalah seperti:

  • AirAsia X bagi penerbangan mingguan Kuala Lumpur – Sydney.
  • Thai Airways bagi penerbangan dua kali seminggu Bangkok – Kuala Lumpur.
  • Vietnam Airlines bagi penerbangan dua kali seminggu Ho Chi Minh – Kuala Lumpur.

Sementara itu, Scoot turut memperkenalkan penerbangan Singapura – Miri dua kali seminggu di samping penerbangan Singapura – Kuching tiga kali seminggu.

Sumber: Bloomberg

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd