Now Reading
Pemilik Tak Pernah Ke Malaysia, Namun Ada Kedai Makanan Malaysia Di New York

Pemilik Tak Pernah Ke Malaysia, Namun Ada Kedai Makanan Malaysia Di New York

Kedai milik cef Salil Mehta dari India mula menjadi tumpuan selepas dapat terima pengiktirafan Michelin Star.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak asing lagi bagi restoran yang menghidangkan masakan Malaysia dibuka di pelbagai negara luar. Antaranya ialah Zero Two Nasi Kandar di Tokyo, Kimseri Restaurant di Seoul dan Nasi Lemak Tukdin di London.

Siapa sangka, terdapat satu restoran sedemikian di New York, Amerika Syarikat yang telah dianugerahkan dengan bintang Michelin.


Pemilik Restoran Tak Pernah Ke Malaysia

Lebih mengejutkan lagi, restoran tersebut dimiliki oleh seorang tukang masak yang tidak pernah menjejakkan kaki ke Malaysia!

Terletak di Upper West Side, kedai makan yang dinamakan Laut itu merupakan restoran masakan Malaysia pertama di New York yang menerima anugerah Michelin Star.

Pemiliknya, Salil Mehta yang berasal dari New Delhi, India mendedahkan perkara berkenaan dalam satu wawancara baru-baru ini.


Belajar Memasak Dari Wanita Thai

Dalam satu temubual bersama CBN News, Mehta berkata dia belajar memasak dengan melakukan banyak kajian.

Tambahnya, dia turut mendapatkan tunjuk ajar daripada wanita-wanita Thai yang memasak untuk para sami di sebuah tokong Thai di kejiranan Elmhurst.

Mehta yang pada mulanya tiba di New York dengan cita-cita untuk terlibat dalam industri reka bentuk (design), menyertai dunia masakan demi menyara kehidupan harian. Dia yang terinspirasi dengan rasa Asia Tenggara mengambil alih restoran Laut pada tahun 2010.

Saya tidak pernah ke Malaysia seumur hidup saya.

Pemilik restoran Laut, Salil Mehta.

“Awak tidak pernah ke Malaysia seumur hidup… tetapi awak mengambil alih sebuah restoran Malaysia yang kini mendapat anugerah bintang Michelin?” Mehta ditanya ketika temubual terbabit.

Sewaktu itu, Mehta mendakwa bahawa dia tidak mengetahui apakah itu bintang Michelin.


Pelbagai Hidangan Malaysia Di Laut

Menjenguk ke laman web Laut, nama tersebut dipilih sempena membawa pelanggan dalam satu perjalanan rasa menerusi hidangannya. Ia adalah berdasarkan kepada laut di rantau Asia Tenggara yang menghubungkan pedagang dari seluruh pelusuk dunia.

Terdapat pelbagai hidangan Malaysia yang disediakan di Laut seperti roti canai, kuetiau goreng, nasi goreng, sate dan nasi lemak.

Lain-lain hidangan Asia Tenggara termasuk kari hijau, nasi padang, ketam cili Singapura dan mi tomyam.

Sumber gambar: Instagram (@lautnewyork)

Selain Laut, Mehta mempunyai tiga restoran lain termasuk ‘Wau’ yang turut menghidangkan masakan Malaysia.

Dia juga mempunyai sebuah bar yang diberi nama ‘Singlish’ dan diinspirasi oleh minuman koktel dari Singapura.

Baca Artikel Berkaitan: Sejarah Syarikat Michelin, Bagaimana Michelin Man & Michelin Star Wujud

Baca Artikel Berkaitan: 14 Restoran Di KL & Pulau Pinang Terima Anugerah MICHELIN Bib Gourmand 2024


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd