Jiran Selamba Langgar Kucing Orang Lain Di Tengah Jalan Sehingga Cedera
Kejadian itu berlaku apabila jiran berkenaan sanggup melanggar kucing tersebut yang tidak mahu berganjak dari kawasan jalan raya.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Pernah tak anda dengar kes di mana kucing diseksa sehingga cedera? Boleh kata selalu jugalah terjadi.
Sebelum ini, seekor kucing pernah disimbah minyak panas oleh seorang jiran sehingga melecur kulit haiwan tersebut.
BACA JUGA: Kucing Peliharaan Disimbah Minyak Panas Dengan Jiran Sehingga Luka
Macam manalah ada orang yang sanggup seksa haiwan ini.
Kesian tau. Tak berhati perut langsung siapa yang sanggup buat dekat kucing comel macam tu.
Jiran langgar kucing sampai mulut berdarah dan patah kaki
Menerusi tweet yang dimuat naik oleh @AIN_RAZALI di Twitter baru-baru ini, dia berkongsi kisah apabila kucing jirannya telah sengaja dilanggar oleh sebuah kereta di kawasan perumahan mereka.
Menurutnya, kejadian itu berlaku apabila jiran berkenaan sanggup melanggar kucing tersebut yang tidak mahu berganjak di tengah-tengah jalan.


Punyalah teruk kucing itu dilanggar sehingga menyebabkan mulutnya berdarah dan patah kaki.
Kalau ikutkan hati memang dia mahu memarahi individu tersebut di dalam group Whatsapp kejiranannya itu, tetapi dia cuba bersabar dan hanya memberi nasihat ringkas.


Ramai netizen geram dengan individu yang sanggup langgar kucing tersebut
Hasil tinjauan di ruangan komen tweet tersebut mendapati rata-rata netizen lain turut berasa geram dengan tindakan individu yang tidak berhati perut itu.
Ada juga yang berharap agar pesalah yang tidak bertanggungjawab itu mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya.

Takut betul dengan orang zaman sekarang ni.
Harapnya kucing yang kena langgar itu cepat sembuh seperti sedia kala.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.