Now Reading
“Meremang, Rare Suara Macam Ni” – Nyanyian Buskers Di KL Bikin Ramai Kagum

“Meremang, Rare Suara Macam Ni” – Nyanyian Buskers Di KL Bikin Ramai Kagum

Kelihatan penghibur jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila sebut sahaja port melepak, sudah tentu ramai di kalangan golongan muda akan sebut Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Lokasi itu selalu sibuk dengan pengunjung yang ramai tidak kira masa termasuklah waktu hari bekerja dan hujung minggu.

Kawasan tersebut bukan sahaja meriah dengan pelbagai makanan serta minuman viral, bahkan terdapat juga ramai buskers yang membuat persembahan secara live pada waktu malam.


Lelaki Kongsi Momen Nikmati Nyanyian Buskers Di Bukit Bintang

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Januar (@Januarhaikal) berkongsi suasana pada waktu malam di tengah kota bandar, Bukit Bintang.

Menerusi video tersebut, kumpulan pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang membuat persembahan nyanyian lagu kepada mereka yang mengunjungi kawasan berkenaan.

Antara persembahan yang mencuri perhatian apabila kumpulan tersebut menyanyikan lagu bertajuk Sumpah Cinta dan Matiku oleh kumpulan muzik rock terkenal Indonesia, Nidji.

Suara serak serta garau oleh lelaki dikenali sebagai Kai Hustlin dari Kazim Band membuatkan orang ramai terkesima selain menyangka dia hanya ‘miming’ suara penyanyi sebenar.

Tanpa ada jangkaan yang tinggi, aku pun dengar dia nyanyi. Terpelanting ke belakang! Relaks je dia nyanyi Sumpah dan Cinta Matiku.

Januar Haikal.

Bahkan, persembahan yang luar biasa itu membuatkan Januar sanggup menghulurkan duit sumbangan walaupun menggunakan kod QR.

@januarhaikal Ape? Genji buskers miming menyanyi? Giler engko nak miming waktu live busking macam ni. Mestilah tidak! Antara the best cover version untuk Sumpah Cinta dan Matiku. Menang tanpa bertanding la! #Sumpahcintadanmatiku #Nidji #genjibuskers #Genjibuskersofficial @GENJIBUSKERSOFFICIAL ♬ original sound – Januarhaikal

Persembahan Buskers Diteruskan Dengan Lagu Biarlah Oleh Nidji

Selain itu, mereka turut mempersembahkan lagu Biarlah oleh Nidji.

Suara Kai membuatkan Januar berasa terhibur selain teringat momen di mana penyanyi Nidji dikenali sebagai Giring menyanyikan lagu yang sama di Kuala Lumpur pada satu ketika dulu.

Sumber: TikTok (@Januarhaikal)

Netizen Puji Persembahan Luar Biasa Kai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa kagum dengan persembahan nyanyian oleh Kai yang dikatakan menjiwai lagu itu.

“Orang suruh nyanyi pakai suara, tetapi dia nyanyi pakai hati,” kata seorang lelaki.

Malah, ramai juga dilihat berkongsi pendapat yang sama apabila mereka pernah melihat Kai membuat persembahan di depan mata.

“Dia ni busking suara memang padu. Pernah tengok secara langsung depan-depan, memang best,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, ramai juga berkata Kai mempunyai bakat untuk debut sebagai seorang penyanyi profesional.

“Abang ni nyanyi memang sedap. Dalam ramai-ramai (buskers), saya suka suara dia paling best. Terkejut dengar hari itu. Jadilah artis, saya support ya,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@Januarhaikal)

Kalau anda ada di sekitar Kuala Lumpur, bolehlah singgah ke sana untuk layan nyanyian buskers ini. Sambil-sambil berjalan, boleh juga bersantai menikmati suara syahdu individu berbakat tersebut.

Menerusi perkongsian Genji Buskers di akaun TikTok miliknya, band itu sering mengadakan persembahan bersama Kai di hadapan MR6 Stesen Monorel dan Lot 10, Bukit Bintang.

Baca Artikel Berkaitan: Busking For Charity: Artists Join Hands To Raise Funds For Ibnor Riza, Zaiton Sameon

Baca Artikel Berkaitan: Tak Sangka Caliph Buskers Bawa Lagu Haram Lebih Padu!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Lagu Zaman Acik Ni” – Budak Lelaki Nyanyi ‘Cinta Melankolia’ Raih Perhatian Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd