Now Reading
[Video] “Lagu Zaman Acik Ni” – Budak Lelaki Nyanyi ‘Cinta Melankolia’ Raih Perhatian Ramai

[Video] “Lagu Zaman Acik Ni” – Budak Lelaki Nyanyi ‘Cinta Melankolia’ Raih Perhatian Ramai

Kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Tantari itu telah mempersembahkan lagu era 90-an tanpa segan silu di hadapan khalayak ramai dipercayai di Ayer Keroh Ley Park Station, Melaka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan, kanak-kanak kecil mempunyai kebolehan dan bakat yang mengagumkan. Kadangkala, mengalahkan orang dewasa.

Seperti sebelum ini, seorang budak comel telah menyerlahkan kehebatannya menyanyikan lagu ‘Lemak Manis’ dengan lancar ketika berlangsung satu majlis kenduri.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Budak 2 Tahun ‘Feeling’ Nyanyi Lagu Lemak Manis Di Majlis Kenduri Undang Perhatian Ramai

Situasi lebih kurang sama jugalah yang terjadi baru-baru ini apabila seorang budak lelaki mempersembahkan nyanyian lagu jiwang di khalayak ramai.


Kanak-kanak Nyanyi Lagu Jiwang Era 90-an Dengan Fasih

Tular satu perkongsian menerusi akaun TikTok (@goji_guarana) menyaksikan seorang kanak-kanak lelaki dikenali sebagai Tantari sedang membuat persembahan nyanyian dipercayai di Ayer Keroh Ley Park Station, Melaka.

Perkara yang mencuit hati para netizen adalah apabila Tantari mendendangkan lagu era 90-an yang berjudul ‘Cinta Melankolia’ oleh Allahyarham A’an atau nama sebenarnya Imran Bin Sulaiman.

Bukan sahaja fasih dengan setiap lirik lagu, malah gaya, lenggok tangan dan riak wajahnya juga memainkan peranan hingga mendapat perhatian ramai.

Jika dilihat daripada hantaran itu, Tantari seolah-olah sudah terbiasa menyanyikan lagu berkenaan kerana mempunyai keyakinan yang tinggi selain tidak berasa kekok ketika memegang mikrofon.

https://www.tiktok.com/@goji_guarana/video/7321002544862416135?_r=1&_t=8itulLSnnrG

Netizen Terhibur Lihat Tantari Nyanyi Lagu Cinta Melankolia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan bakat budak lelaki tersebut yang berjaya menyanyikan lagu dengan syahdu.

“Mantap la nyanyi lagu Cinta Melankolia, abang-abang yang lahir tahun 2000 pun agaknya tak pernah tahu tentang lagu ni,” kata seorang individu.

Malah ada juga terhibur dengan riak wajah Tantari yang begitu menjiwai watak kerana kelihatan seperti dia seakan-akan sedang marah.

“Abang pun baran juga adik. Tiadalah sampai nyanyi pun nak marah. Marah dekat siapa tu?” tanya seorang netizen.

Dalam masa sama, salah seorang pengunjung di lokasi berkenaan berkata orang ramai yang menyaksikan persembahan tersebut telah memberikan sorokan gemuruh kepada Tantari atas kesudiannya mempersembahkan lagu nostalgik itu.

“Saya duduk sebelah meja ibu bapa adik ini semalam. Sedap betul suara dia, memang semua tepuk tangan selepas habis menyanyi,” jelas seorang pengguna TikTok.

Sumber: TikTok (@goji_guarana)

Memang hebat betul budak-budak masa kini. Jika bakat itu diasah lagi, tidak hairan Tantari boleh menjadi penyanyi terkenal pada satu hari nanti. Insya-Allah.

Buat anda yang mempunyai anak kecil di rumah, cuba sekali-sekali perhatikan tingkah laku mereka. Mana tahu mereka ada bakat terpendam.

Baca Artikel Berkaitan: Budak 7 Tahun Ada Bakat Tebar Roti Canai. Siap Ada Impian Buka Kedai Sendiri!

Baca Artikel Berkaitan: “Pandai Sungguh Kai Kai” – Netizen Teruja Anak Cina Fasih Berbahasa Tamil


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd