Now Reading
[Video] Budak 2 Tahun ‘Feeling’ Nyanyi Lagu Lemak Manis Di Majlis Kenduri Undang Perhatian Ramai

[Video] Budak 2 Tahun ‘Feeling’ Nyanyi Lagu Lemak Manis Di Majlis Kenduri Undang Perhatian Ramai

Kanak-kanak dari Sarawak itu dilihat fasih dan hafal lirik lagu ‘Lemak Manis’ nyanyian asal Roslan Madun di khalayak ramai ketika berlangsungnya sebuah majlis.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang anak kecil, pasti ramai bersetuju bahawa mereka sentiasa menghiburkan anda dengan telatah dan ragam yang pelbagai.

Namun tanpa anda sedari, kadangkala kelakuan mereka sebenarnya sudah menunjukkan bakat yang dimiliki pada ketika itu.

Malah, ada juga kanak-kanak dilihat cerdik dan pintar kerana mempunyai bakat terpendam yang sama ‘level’ seperti orang dewasa.


Kanak-kanak 2 Tahun Lancar Nyanyi Lagu ‘Lemak Manis’ Depan Orang Ramai

Seperti baru-baru ini, tular satu perkongsian mencuit hati di TikTok (@vjperfume) menyaksikan seorang kanak-kanak berusia dua tahun sedang menyanyikan lagu ‘Lemak Manis’ oleh Roslan Madun.

Budak lelaki dikenali sebagai Arfah dipercayai daripada Sarawak itu dilihat tidak gementar untuk menyanyikan lagu tersebut di khalayak ramai ketika berlangsungnya satu majlis kenduri.

Bukan sahaja berani, malah Arfah yang menyanyikan lagu itu menggunakan mikrofon dilihat fasih dan hafal setiap lirik lagu tersebut.

Dia seolah-olah terbiasa mendendangkan lagu itu pada sebelum ini.

Pengunjung majlis kenduri turut dilihat terhibur dengan telatah si anak kecil yang menyanyi dengan penuh asyik di hadapan orang ramai.

Nenek kepada Arfah juga tidak terlepas untuk merakam momen persembahan tersebut kerana bakat cucunya yang luar biasa. Siap ada yang menghulurkan wang kepada Arfah semasa nyanyiannya!

@vjperfume

Baru 2 tahun lebih dah pandai nyanyi lagu Lemak Manis🤣🤣 #fyp #foryourpage #lemakmanis bintangkecil@Haziq Rosebi @Rezza @Motifviral Official

♬ original sound – VJ Perfume & Apparels – VJ Perfume & Apparels

Netizen Kagum Lihat Bakat Nyanyian Budak Lelaki 2 Tahun

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat terkesima dengan bakat si kecil yang telah menghiburkan orang ramai dengan nyanyiannya.

Ada netizen yang dilihat kagum dengan kebolehan Arfah untuk mengenal pasti setiap tempo dan key lagu tersebut.

“Macam mana dia tahu bila nak masuk? The tone dan hafalan lirik? Dia seorang genius,” kata seorang wanita.

Sementara itu, seorang pengguna laman TikTok telah membuat satu andaian bahawa Arfah memiliki bakat untuk menyanyi ketika usia sudah meningkat nanti.

“Aku percaya budak ni nanti boleh menyanyi bila besar nanti sebab kami sekeluarga macam tu,” ujarnya.

Bukan sahaja di kenduri itu, seorang lelaki berkata bahawa dia pernah melihat Arfah menyanyi sebuah lagu ‘Teratai’ oleh penyanyi veteran Ramli Sarip di Stadium Negeri Sarawak sebelum ini.

“Baru tadi nampak dia nyanyi dekat Stadium Negeri Sarawak. Pandainya dia, ikut tempo pulak tu,” jelas seorang warganet.

Sumber: TikTok (@vjperfume)

Baca Artikel Berkaitan: “Pandai Sungguh Kai Kai” – Netizen Teruja Anak Cina Fasih Berbahasa Tamil

Baca Artikel Berkaitan: Berjaya Hafal 40 Bendera Dalam Seminit, Kanak-kanak 2 Tahun Raih ‘Malaysia Book of Records’

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Hanis Zalikha Teruja Dapat Duit Raya RM1 Dipuji Netizen


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd