Now Reading
Budak 7 Tahun Ada Bakat Tebar Roti Canai. Siap Ada Impian Buka Kedai Sendiri!

Budak 7 Tahun Ada Bakat Tebar Roti Canai. Siap Ada Impian Buka Kedai Sendiri!

Kanak-kanak ini buat 50 hingga 60 keping roti canai sehari di gerai milik keluarganya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kemahiran menebar roti canai yang menakjubkan oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun mendapat perhatian ramai pelanggan di gerai keluarganya terletak berhampiran persimpangan trafik Balai Baru di Perlis.

Yusra Asna Ruslin mempelajari cara untuk menebar roti canai daripada ibu bapanya, Ruslin Meli berusia 45 tahun and Yuwita Shuib 35 tahun sejak tiga bulan lalu.

Mereka sekeluarga bekerja bersama di gerai makan yang diberi nama Uwita Enterprise.

Yusra memberitahu pada awalnya dia agak sukar untuk mempelajari kemahiran tersebut. Namun selepas beberapa kali berlatih, akhirnya dia berjaya mahir dalam menebar roti canai.

Selepas yakin dengan kemahiran yang dimilki, Yusra beritahu kepada ibu bapanya yang dia ingin membantu di gerai tersebut.

Memetik laporan Kosmo, Yusra boleh membuat 50 hingga 60 keping roti canai setiap hari.

https://www.tiktok.com/@ruslinmeli/video/7048048414604430619?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Macam mana Yusra boleh mahir? Menurut ayahnya, dia membawa tiga orang anaknya itu ke gerai bagi membantu menguruskan perniagaan tersebut.

Itu merupakan salah satu cara untuk menjauhkan mereka dari telefon.

Dia mengakui ketika Yusra mula belajar, ada banyak juga roti canai yang rosak tetapi kanak-kanak perempuan ini tidak patah semangat dan tetap terus belajar bersama ibunya.

Guru-gurunya juga berkunjung ke gerai tersebut dan memberikan galakan kepada Yusra sehingga menaikkan keyakinan dirinya.

Yusra, anak ketiga daripada empat orang adik-beradik berkata bahawa dia memasang impian untuk membuka restoran sendiri suatu hari nanti bersama bapanya.

Kalau anda nak tengok Yusra beraksi, gerai ini dibuka seawal jam 6AM sehingga 11AM setiap hari kecuali Isnin dan Selasa.

Macam-macam jenis makanan yang pelanggan boleh dapatkan di sini seperti roti sanggul, roti telur, roti sardin, murtabak dan nasi lemak daun pisang.

Ramai netizen kagum dengan kemahirannya dan memujinya dedikasi si cilik ini.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd