Now Reading
Suspek Kes Buli Jalan Raya Di NKVE Kini Ditahan Pihak Polis

Suspek Kes Buli Jalan Raya Di NKVE Kini Ditahan Pihak Polis

Kereta Honda City yang dipandu oleh suspek adalah milik bekas teman wanitanya yang tinggal di Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terdahulu, tular satu rakaman video menunjukkan seorang suspek lelaki yang memandu  kereta jenis Honda City berwarna putih tiba-tiba memberhentikan keretanya selepas memotong pemandu lain.

Suspek kemudian keluar dari kereta dan mula menjerit serta memaki hamun wanita itu bersama suaminya.

Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran plaza tol Bukit Raja Selangor pada Ahad lalu (21 Ogos) berjaya dirakam oleh mangsa melalui kamera dashcam kereta.

BACA JUGA: Polis Buru Pemilik Kereta Terlibat Dalam Insiden Buli Di Lebuh Raya NKVE

Sumber: Twitter/nanmajoi8715

Pihak polis menahan suspek lelaki kes buli jalan raya

Memetik laporan Astro Awani, pihak polis telah berjaya menahan pemandu kereta jenis Honda itu yang dikatakan telah berkelakuan seperti ‘samseng jalanan’ dengan melakukan provokasi terhadap pasangan suami isteri.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, hasil siasatan mendapati kereta yang dipandu oleh suspek adalah milik bekas teman wanitanya yang menetap di Kuala Lumpur.

Pemilik kenderaan adalah wanita tempatan yang tinggal di Kuala Lumpur dan merupakan bekas teman wanita suspek. Wanita tersebut juga mengesahkan bahawa keretanya dipandu bekas teman lelakinya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Suspek berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori telah ditahan sekitar jam 7.00 petang semalam (24 Ogos) selepas selesai memberi keterangan di IPD Shah Alam.

Suspek ditahan sekitar jam 7.00 petang selepas selesai memberi keterangan dan permohonan reman akan dibuat hari ini (25 Ogos).

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

BACA JUGA: Police Confirms Road Bully At Jalan Tun Razak Who Brandished Handcuffs Is A Policeman


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd