Pelajar Intern ‘Demand’ RM3,000 Gaji & Insentif Undang Perhatian Ramai
Sebuah syarikat reka bentuk grafik terkejut apabila seorang pelajar yang sedang mencari penempatan latihan membuat tuntutan gaji sebanyak RM3,000 dan pelbagai insentif.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pelatih kebiasaannya diberikan gaji yang lebih rendah untuk sumbangan dan perkhidmatan mereka di tempat pekerjaan.
Hal ini kerana intern mempunyai beban kerja lebih ringan dan mudah berbanding dengan pekerja tetap yang lain.
Susulan itu, warganet dilihat terkejut selepas mengetahui permintaan oleh seorang pelajar baru-baru ini yang tular di media sosial.
Menerusi perkongsian di Facebook, pelajar itu telah menzahirkan hasrat untuk menjalani latihan bersama satu syarikat reka bentuk grafik iaitu KF Design.
Dalam e-mel dihantar, pelajar itu menjelaskan bahawa dia sedang mencari penempatan latihan dan berminat untuk bekerja di syarikat berkenaan.
Walaupun dilihat berminat dengan jawatan itu, pelajar tersebut telah menyenaraikan beberapa soalan terlebih dahulu sebelum memohon.
“Saya berminat untuk memohon internship di syarikat tuan. Bolehkah anda mengesahkan jika syarikat menyediakan mana-mana daripada yang berikut iaitu insentif pengangkutan, penginapan pelatih, insentif sarapan dan makan tengah hari, bonus prestasi serta gaji pelatih melebihi RM3,000.
“Jika ya, saya dengan senang hati akan menghantar portfolio dan resume kepada anda,” kata pelajar itu.
Syarikat reka bentuk tersebut walau bagaimanapun tidak melayan syarat disenaraikan oleh pelajar itu dan meminta untuk memohon di tempat lain.
Susulan kes itu, KF Design mengambil kesempatan untuk menunjukkan kepada orang ramai tentang sikap sesetengah pelajar sarjana muda yang tidak realistik dengan permintaan disifatkan sebagai melampau.
Reaksi Netizen Lihat Permintaan Melampau Daripada Pelajar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan syarikat tersebut yang mengatakan bahawa permintaan pelajar itu melampau.
“Wah ini di luar imaginasi,” kata seorang warganet.
Ada yang berkata kepada pelajar itu untuk teruskan berangan dengan permintaan tidak masuk akal tersebut.
“Syarikat kami menawarkan bantal kepada anda, supaya boleh bermimpi seberapa banyak yang kamu mahu,” tulis seorang wanita.
Sementara itu, netizen yang lain meluahkan rasa terkejut dan ingin mengetahui sama ada intern boleh membuat permintaan semasa memohon latihan bekerja.
Berapa Jumlah Gaji Diperoleh Intern?
Jumlah yang diperoleh oleh pelatih bergantung pada syarikat, bidang, dan tempoh latihan. Secara amnya, mereka dibayar RM400 hingga RM1,500 sebulan.
Syarikat-syarikat di ibu kota iaitu Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dikatakan membayar gaji pelatih lebih tinggi berbanding mereka yang berada di luar bandar.
Walau bagaimanapun, terdapat juga kes di mana pelatih tidak mendapat pampasan wang untuk perkhidmatan mereka semasa mereka berada di syarikat.
Memandangkan mereka tidak dilindungi di bawah Akta Pekerjaan 1955, syarikat secara teknikalnya tidak bertanggungjawab untuk menampung perbelanjaan pelatih semasa penempatan mereka.
Namun, entiti dalam kerajaan seperti Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah menggesa penggubalan dasar yang menggalakkan syarikat swasta membayar pelatih mereka.
Buat masa ini, kerajaan masih dalam perbincangan mengenai kebaikan dan keburukan pelaksanaan peraturan tersebut dalam sektor swasta.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram