Now Reading
Mahu Kejar Cita-Cita, Jutawan Di China Sanggup Duduki Ujian Kemasukan Universiti Walau Gagal 27 Kali

Mahu Kejar Cita-Cita, Jutawan Di China Sanggup Duduki Ujian Kemasukan Universiti Walau Gagal 27 Kali

Menurut Shi, dia telah mula mengambil peperiksaan ‘gaokao’ sejak empat dekad yang lalu untuk mengejar cita-citanya menjadi ‘seorang yang intelektual.’

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Menuntut ilmu atau belajar merupakan amalan yang mulia, malah kita juga disarankan melakukannya walaupun sudah berusia.

Ini kerana, setiap ilmu yang dituntut itu bukan sahaja bermanfaat buat diri sendiri tetapi ia juga boleh dikongsi bersama orang lain.

Jutawan kejar cita-cita untuk masuk universiti

Perkara ini samalah seperti seorang jutawan di China yang sanggup mengambil peperiksaan ‘gaokao’ berulang kali demi mengejar cita-citanya untuk masuk ke universiti.

Gaokao adalah peperiksaan yang diambil oleh pelajar sekolah menengah tahun akhir bagi kemasukan ke universiti.

Lelaki jutawan yang dikenali sebagai Liang Shi, 56, itu bagaimanapun mula tertanya-tanya adakah dia akhirnya dapat menempatkan diri di universiti impiannya memandangkan sudah gagal sebanyak 27 kali dalam peperiksaan tersebut.

Dah ambil sejak empat dekad lalu

Peperiksaan gaokao berkenaan telah diambil Shi sejak empat dekad yang lalu dan berharap agar mendapat tempat di Universiti Sichuan dan mengejar cita-citanya untuk menjadi ‘seorang yang intelektual’

Meskipun sudah berjaya dalam hidup, tetapi awalnya Shi berusaha keras dengan bekerja sebagai pekerja kilang sehingga berjaya mempunyai perniagaan sendiri dalam industri binaan.

Jana jutaan yuan tetapi tidak lupa impian untuk masuk universiti

Malah dia turut menjana jutaan yuan namun impian untuk ke universiti tidak pernah dilupakan.

Shi turut menghabiskan masanya selama 12 jam untuk belajar selain menahan diri daripada minum atau bermain mahjong walau terdapat netizen di media sosial yang mengejeknya kerana menyangka ia adalah satu publisiti.

Tetapi meskipun berbulan-bulan hidup seperti ‘seorang sami bertapa’ Shi kekurangan 34 mata untuk melepasi kelayakan minimum peringkat wilayah untuk memasuki universiti.

“Sebelum saya mendapat keputusan, saya mempunyai perasaan bahawa saya tidak akan mendapat markah yang cukup untuk memasuki universiti elit.

“Tetapi saya tidak menyangka bahawa masih tidak layak untuk memasuki universiti yang biasa,” katanya kepada Agence France Presse, lapor South China Morning Post.

Sentiasa beritahu diri untuk tak putus asa, namun kegagalan kali ini buat Shi tertanya-tanya

Katanya, sebelum ini setiap kali gagal Shi akan berjanji pada dirinya untuk melakukannya lagi pada tahun yang akan datang.

Namun kali ini buat pertama kali dia tertanya-tanya adakah usahanya selama ini membawa kepada kejayaan.

“Jika saya benar-benar melihat ia seperti tiada harapan, tidak ada guna untuk saya meneruskannya lagi. Saya betul-betul berusaha keras setiap hari.

“Ia sukar untuk ditentukan sama ada saya masih akan membuat persiapan gaokao untuk tahun hadapan.”

Ujarnya kehidupan tanpa membuat persiapan bagi menghadapi peperiksaan itu bagaimanapun tidak dapat difikirkan.

“Sukar untuk membuat keputusan. Saya juga tidak sanggup untuk berputus asa.

“Sekiranya saya berhenti dari mengambil peperiksaan gaokao, setiap cawan teh yang diminum sepanjang hidup saya akan berasa penyesalan,” jelas jutawan itu lagi.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd