“Perlu Set Goals” – Dr Malar Perjelas Kepentingan Ibu Bapa Dedah Info Kerjaya Kepada Anak
Menurut Dr Malar, ibu bapa perlu mengadakan perbincangan secara terperinci bersama si anak tentang pilihan kerjaya atau pekerjaan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pilihan kerjaya atau pekerjaan pada masa akan datang bukanlah satu keputusan yang mudah perlu dilakukan oleh seseorang.
Lebih-lebih lagi buat anak kecil yang masih berada dalam alam persekolahan kerana mereka masih kurang pendedahan tentang bidang kerjaya dalam pasaran.
Namun begitu, adakah perkara tersebut boleh dijadikan alasan untuk si kecil tidak menitik beratkan soal kerjaya dan hanya bergantung kepada kebebasan diberikan para ibu bapa untuk memilih cita-cita masing?
Budaya Ibu Bapa Beri ‘Freedom’ Kepada Anak
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@yegacademy), menyaksikan influencer dan pakar perubatan terkenal Dr Malar memberikan perkongsian di sebuah sesi podcast dipanggil sebagai Borak Kerjaya.
Menurut doktor itu, terdapat satu trend pada masa kini yang semakin berleluasa di kalangan ibu bapa serta anak mereka. Budaya tersebut adalah di mana para ibu bapa memberi kebebasan kepada si kecil untuk menentukan kerjaya atau hala tuju masing-masing ketika bergelar dewasa.
Jadilah apa-apa pun asalkan kau berjaya. It is a freedom kononnya.
Dr Malar.
Murid Hanya Kata Mereka Mahu Berjaya
Dr Malar bagaimanapun tidak bersetuju dengan pandangan dan didikan ibu bapa sedemikian kerana anak-anak dikatakan berasa buntu untuk meneruskan kerjaya apa ketika sudah meningkat dewasa.
Menurutnya, kebanyakan murid dijumpainya semasa program sekolah hanya berkata mereka akan jadi seorang yang ‘berjaya’ ketika sudah besar.
Adik cita-cita apa? ‘Mak saya kata kalau saya berjaya okay je’. Kau nak berjaya jadi apa dik? Aku tak faham.
Dr Malar.
Ibu Bapa Perlu Wujudkan Perbincangan Tentang Kerjaya Di Rumah
Tambah doktor berkenaan, dia percaya bahawa pemahaman diterapkan para murid bermula dengan didikan awal dari ibu bapa di rumah.
Dia juga menegaskan ibu bapa khususnya perlu mengadakan perbincangan secara terperinci bersama si anak tentang kerjaya atau pekerjaan. Namun tidaklah sehingga memaksa mereka memilih sesuatu bidang.
Dia nak jadi interior designer, nak jadi arkitek then support la. Kalau dia ada bakat dan kelulusan di bidang yang bersesuaian sokong lah.
Dr Malar.
Dalam pada itu, dia juga memberi saranan kepada penjaga untuk memberikan si kecil sasaran untuk dikejar agar mereka tahu kerjaya jenis apa yang perlu diberikan fokus.
Reaksi Netizen Terhadap Perkongsian Dr Malar
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat bersetuju dengan pendapat yang dilontarkan oleh Dr Malar.
“Sebagai seorang dewasa yang pernah membesar dalam keluarga sebegitu. Aku rasa sedih dan terkilan sebab aku sebenarnya tak aware tentang kerjaya,” kata seorang lelaki.
Malah ada juga seorang gadis berkata kebanyakan pelajar zaman kini tidak mengetahui minat sebenar dan hanya meneruskan pengajian kerana pengaruh rakan sebaya.
“Bercakap tentang pengalaman saya sebagai seorang Gen Z, sebenarnya ramai pelajar tak tahu minat dia apa. Mereka hanya belajar sebab orang suruh, masuk kelas itu dan ini sebab ikut kawan. Yang peting adalah exposure,” ujar seorang netizen.
Sementara itu, ramai juga berkata para pelajar buntu tentang hala tuju masing-masing kerana sistem peperiksan besar di sekolah yang sudah dimansuhkan.
“Bukan ibu bapa sahaja. Tengoklah sistem pendidikan kita. PMR dan PT3 semua dimansuhkan. Jadi murid tiada tujuan untuk pergi sekolah,” jelas seorang wanita.
Baca Artikel Berkaitan: Tanda-tanda Jika Seseorang Salah Pilih Laluan Kerjaya
Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Tips Untuk Anda Yang Baru Nak Mula Kerja
Baca Artikel Berkaitan: Demi ‘Passion’, Kisah Doktor Menjadi Cake Designer Buat Ramai Kagum
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram