Ini 5 Tips Untuk Anda Yang Baru Nak Mula Kerja
Antara tips yang dikongsikan oleh netizen adalah tentang penjagaan solat dan amalan ‘work life balance’.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bila masuk tahun baru, mesti ramai yang akan memasang azam baharu untuk mengubah gaya hidup ke arah yang lebih baik.
Sesetengah orang mungkin mahu memberi lebih fokus kepada kesihatan, kewangan atau perkembangan diri mereka.
Bagi mereka yang bakal memulakan tahun 2024 dengan memasuki bidang kerja, pastinya mereka juga mahu membuat persediaan dari segi fizikal dan mental.
5 Tips Untuk Mereka Yang Baru Nak Masuk Bidang Kerja
Baru-baru ini, personaliti televisyen terkenal iaitu Fedtri Yahya telah memuat naik satu ciapan di laman X (Twitter @fedtriyahya) dengan bertanyakan soalan mengenai persiapan yang perlu dilakukan bagi mereka yang mahu memulakan kerjaya pada tahun ini.
Apa nasihat anda kepada orang yang baru nak memulakan kerjaya tahun ini?
— Fedtri Yahya (@fedtriyahya) January 3, 2024
Ciapan berkenaan telah mendapat pelbagai respon dari netizen di media sosial yang turut berkongsi pendapat mereka.
Antara tips yang dikongsikan adalah:
#1. Membuat Tabung Simpanan Mengikut Keperluan
Tabung simpanan adalah perkara yang paling penting dalam kehidupan kerana ia boleh menjadi sangat berguna apabila seseorang berada dalam keadaan kecemasan dan memerlukan.
Walau bagaimanapun, kadar simpanan itu bergantung kepada jumlah gaji seseorang. Antara formula kewangan yang boleh diamalkan adalah seperti
- 50% untuk pembayaran komitmen
- 30% untuk simpanan
- 20% kegunaan peribadi
Jika kemampuan.
— Encik Razi (@Sauffie_84) January 3, 2024
1. 10% simpanan tetap gaji kasar.
2. 10% simpanan kecemasan gaji kasar.
3. Perlu ada minimum simpanan jumlah gaji untuk 3-6 bulan. Contohnya gaji RM 2K,mesti ada simpanan 6K jika kita diberhentikan.
4. Buka akaun PRS, PRS ini umpama KWSP ke 2 bagi pekerja swasta.
Susun kewangan dari awal mula kerja. Utamakan yang lebih utama.
— DhiyaNadia (@dnhibahfaraid) January 3, 2024
🔸 Cadangan formula 👇
Komitmen : Simpanan/Pelaburan : Lindung (Takaful) : Entertainment.
60% : 20% : 10% : 10% atau 70% : 10% : 10% : 10%.
Ikut mana2 yang bersesuaian.
Moga bermanfaat. pic.twitter.com/WybozDXyXc
#2. Jaga Solat Walau Sesibuk Mana
Apabila sudah sibuk dengan urusan kerja, seseorang boleh jadi leka dan tanpa sedar telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim iaitu melaksanakan solat fardu.
Setinggi mana fail yang berlonggok di tepi meja anda, pastikan anda memperuntukkan masa untuk melakukan solat fardu. Tak lama pun, dalam 10 ke 15 minit pun dah boleh selesai solat.
Percayalah, waktu yang sekejap ini akan membuatkan masa kerja anda lebih berkat dan urusan kerja dipermudahkan.
Jgn tinggal solat walau busy mcm mana pun 👍🏻
— Peter P (@Xmeenin_) January 3, 2024
Solat jangan tinggal. Cepat bertindak dengan sewajarnya jika tpt kerja itu berbaur toksik. Lelain, planning sebaik-baiknya agar ia memberikan kesyukuran bagi semua nikmat yang diperolehi.
— kaabks (@theixven) January 3, 2024
#3. Jangan Cepat Putus Asa
Setiap permulaan bagi sesuatu perkara pasti agak sukar. Biasalah, kita kena menyesuaikan diri dengan persekitaran dan corak kerja yang berbeza.
Walaupun anda akan terfikir kenapa kerja orang lain nampak seperti tiada masalah, tetapi jangan pernah berputus asa. Teruskan melangkah dan berusaha.
jangan cepat putus asa. kalau rasa putus asa tu nak mai terus betulkan niat nak bantu family nak banggakan mak ayah inshaallah auto naik semangat terus🔥
— StrawberryBoyz⚡️🇲🇾🇵🇸 (@Fitri_Nizam) January 3, 2024
6 bulan pertama jangan give up. Fasa ni penting pasal once ko demotivated, ko akan benti keje, so sampai bila nak tukar² kerja? Bertahan selagi mampu. Masuk tahun ke 2 ko bagitau la kat kwn² company ni palat ko nak benti, amalkan tiap² tahun, sampai la 20 tahun pun ko tak benti².
— ℹ ڤق ڠه (@perdanamentari) January 3, 2024
#4. Amalkan ‘Work Life Balance’
Kerja yang menimbun boleh menjadikan seseorang agak sukar untuk menyeimbangkan kehidupan mereka dengan dunia luar. Perkara ini juga akan menyebabkan mereka kurang masa dengan ahli keluarga atau untuk diri sendiri.
Kalau boleh, elakkan dari melakukan kerja di luar waktu pejabat.
Work life balance.
— A d i t e e H e b a t (@aditeehebat) January 4, 2024
Ingat, 'work is only work'. Set yearly personal and career goals. Fokus dan kuatkan semangat. Raikan alam kedewasaan dengan kejayaan atau pun kekalahan² (apa² yang kurang seronok). Doa, usaha, tawakkal.
— za nama hujung (@ZaTheSabahan) January 3, 2024
#5. Belajar Tentang Zakat
Seseorang Muslim yang sudah bekerja dan mempunyai gaji dalam jumlah tertentu, mereka diwajibkan untuk membayar zakat pendapatan mengikut kadar ditetapkan.
Setinggi mana gaji anda, jangan lupa tunaikan kewajipan untuk membayar zakat sebelum hujung tahun.
Zakat pendapatan merupakan zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional termasuklah semua jenis upah, imbuhan, bayaran dan hasil yang diperolehi daripada usaha yang dilakukan secara tetap atau sekali sekala.
Baca Artikel Berkaitan: Zakat Pendapatan Perlu Dibayar Sebelum Hujung Tahun, Ini Cara Pengiraannya
Jangan lupa bayar zakat.
— Sang Sejati 🇲🇾 🇵🇸 (@TemporaryWorld9) January 3, 2024
Kepada anda yang bakal memulakan kerjaya pada tahun ini, good luck dan teruskan usaha. Semoga ada rezeki anda untuk mendapat pekerjaan yang bagus dan mempunyai team yang best juga.
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Mengapa Graduan Tak Perlu Kalut Terima Offer Pekerjaan Pertama
Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Berguna Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Temuduga Kerja
Baca Artikel Berkaitan: Ini 4 Jenis Kesalahan Yang Perlu Elak Sewaktu Mohon Kerja Melalui E-mel
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.