Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Mengapa Graduan Tak Perlu Kalut Terima Offer Pekerjaan Pertama

Lelaki Ini Kongsi Mengapa Graduan Tak Perlu Kalut Terima Offer Pekerjaan Pertama

Menurut Afrie, menerima tawaran pertama pekerjaan akan menyebabkan graduan tidak biasa untuk ‘job hunting’ dan kurang pengalaman bagi menempuhi sesi temu duga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebaik menamatkan pengajian, pasti ramai para graduan yang bersemangat dan tidak sabar untuk memasuki dunia pekerjaan.

Mana tidaknya, selepas beberapa tahun belajar inilah masanya untuk mempraktikkan apa yang dipelajari.

Sehubungan itu, terdapat segelintir para graduan dilihat terus menerima sebarang tawaran kerja walaupun ianya tidak setaraf dengan kelayakan oleh kerana peluang pekerjaan yang terhad.

Tetapi perlu diingatkan bahawa tindakan sebegitu mampu memberikan kemudaratan kepada anda untuk mendapatkan pekerjaan yang terbaik buat diri sendiri.


Graduan Dinasihatkan Jangan Terus Terima Offer Pekerjaan Pertama

Semalam (23 November), tular satu perkongsian oleh seorang pembangun web dikenali sebagai Afrie di laman X (Twitter @afrieirham_) apabila dia memberikan sedikit nasihat dan tips kepada para graduan tentang dunia pekerjaan terutamanya buat pelajar teknologi maklumat.

Katanya, graduan tidak boleh terburu-buru dalam menerima sesuatu tawaran kerja daripada syarikat tertentu.

Salah satu sebab utama para graduan harus mengelak daripada menerima tawaran pertama adalah kerana anda berkemungkinan tidak dapat membiasakan diri untuk ‘job hunting’.

Oleh itu, ia sekaligus akan menyebabkan anda tidak mempunyai keyakinan diri untuk mencari pekerjaan lain yang lebih setaraf dengan kelayakan.

Tambah Afrie, satu perkara penting yang perlu dibiasakan oleh para graduan adalah dengan menyertai seberapa banyak sesi temu duga dan belajar untuk berunding bagi mendapatkan gaji setanding dengan kelayakan.

Dengan menyertai sesi temu duga yang banyak, anda akan memperoleh pengalaman dan ilmu untuk ‘market’ diri kepada bakal majikan.

Sumber: University of Queensland

Graduan Banyak Peluang Cari Kerja Kerana Tiada Komitmen

Menurut Afrie, para graduan mempunyai banyak masa untuk mencari pekerjaan selagi mana mereka tiada komitmen yang perlu ditanggung seperti pinjaman kereta, perkahwinan atau tanggungan anak.

Antara perkara perlu menjadi keutamaan para graduan yang sedang mencari pekerjaan ketika ini adalah untuk mengasah bakat dalam bidang masing-masing agar anda dapat meminta gaji tinggi daripada majikan.

Dengan skill dan kelebihan yang anda miliki ini, anda akan berasa lebih yakin sekiranya dapat memperoleh gaji yang tinggi hasil selepas berunding.

“Lebih baik fokus untuk mula dengan gaji tinggi berbanding start dari bawah. Trust me, you will thank yourself two to three years from now,” ujarnya.


Cara Tingkatkan Soft Skills

Buat mereka yang mahu untuk meningkatkan soft skills tetapi tidak tahu malu bermula daripada mana? Usah risau, di sini kami kongsikan beberapa perkara yang anda perlu lakukan.

Antaranya:

  • Mengaktifkan diri untuk menyertai aktiviti sukarelawan yang dilakukan oleh organisasi.
  • Menyertai pelbagai jenis seminar.
  • Tambah sebanyak ilmu pengetahuan baru dengan membaca buku.
  • Membiaskan diri untuk bersosial bersama individu lain untuk mengasah bakat berkomunikasi.
  • Belajar untuk mengatur masa (time management).
Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Gaji Kerja Waktu Pejabat Tak Cukup, Rakyat Terpaksa Jana Pendapatan ‘Extra’ Untuk Sara Diri

Baca Artikel Berkaitan: 5 Tips Jana Pendapatan Dengan Belajar Teknik Copywriting Dengan Betul

Baca Artikel Berkaitan: Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd