5 Tips Jana Pendapatan Dengan Belajar Teknik Copywriting Dengan Betul
Ada banyak tempat yang anda boleh belajar tentang copywriting seperti Google, YouTube, Twitter dan sebagainya.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Zaman sekarang ini, kenaikan harga barang agak terasa jugalah. Bayangkan dulu kalau bawa RM50, macam-macam boleh beli. Kini nilai tersebut dilihat semakin kecil kerana hanya beberapa produk atau perkhidmatan sahaja yang boleh didapati.
Situasi tersebut turut membuatkan ramai yang mula berfikir untuk menjana pendapatan sampingan bagi menyara kehidupan terutamanya yang sudah berkeluarga.
BACA JUGA: Lelaki Kongsi Tips Jana Duit Secara Pasif. Senang Je!
Tips dapat ‘duit tepi’ melalui copywriting
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (Afif Rus) berkongsi beberapa tips kepada anda yang ingin menjana pendapatan sampingan melalui teknik copywriting yang betul.
Antara beberapa tips yang dikongsikan adalah seperti berikut:
1. Belajar copywriting
Apa itu copywriting? Copywriting adalah ayat jualan atau promosi yang digunakan untuk tujuan komersial bagi menarik prospek tertarik dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Zaman teknologi ini, semua benda di hujung jari. Ada banyak platform yang membolehkan anda mempejari kemahiran copywriting seperti Google, YouTube, Twitter dan lain-lain.
Kalau anda ingin belajar melalui bahan bacaan, antara buku yang boleh dijadikan rujukan adalah seperti:
- $100M Offer dari Alex Hormozi
- The Advertising Solution dari Craig Simpson
- Copywriting Secret dari Jim Edwards
- Great Lead dari Michael Masterson
- Breakthrough Advertising dari Eugene Schwartz
Okay mari kita sambung.
— Afif Rus 🦊 (@m0d0) May 13, 2022
First, nak belajar dekat mana? Google banyak, serious. Youtube banyak, ni kalau aku pun nak kena bagi tahu dekat mana, jenuh.
Jangan fikri tempat mana terbaik, course apa terbaik, just consume dulu then buat. pic.twitter.com/6OCxB1mwQH
2. Belajar buat ads copy, landing pages dan sebagainya
Sebelum anda cuba membuat ads copy dan sebagainya, kenal pasti terlebih dahulu minat anda sama ada dalam bidang fesyen, penjagaan kulit wajah, automotif, bisnes atau lain-lain.
Then tanya diri kau? Kau minat apa?
— Afif Rus 🦊 (@m0d0) May 13, 2022
Fashion? Skincare? Automotive? Business?
So dekat mana nak cari business2 ni? Dekat Facebook banyak.
Kan keluar banyak iklan kan?
Adakah kau nak terus PM dia then offer servis kau? Jangan macam tu.
Study dulu lah produk tu. Caranya?
Bila dah tahu minat kita, barulah boleh mula untuk mencari perniagaan yang bersesuaian dengan minat kita. Pencarian anda akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan Facebook Ads Library.
Kau list dulu beberapa niche yang kau suka and minat, then cari player atau business ni.
— Afif Rus 🦊 (@m0d0) May 13, 2022
Kau search Facebook Ads Library.
Kau search la jerawat ke apa, kereta ke..
Then kau akan jumpa iklan2 yang wujud di Facebook ni. pic.twitter.com/NKBGqjjYC4
Bila anda sudah jumpa syarikat perniagaan yang berpotensi, jangan terus mesej mereka bagi menawarkan perkhidmatan copywriting. Belajar dahulu tentang produk mereka dan cuba praktis buat 5-10 copywriting.
Kau study product mereka yang dok promote ni, tengok IG depa, Facebook, website etc.
— Afif Rus 🦊 (@m0d0) May 13, 2022
Tengok mesej apa yang depa sampaikan.
Kau create swipe file.
Kau screenshot ads, kau simpan dia punya ads copy tu dalam satu tempat.
Swipe file ni lah tempat ilham kau bila kau buntu atau stuck nanti.
— Afif Rus 🦊 (@m0d0) May 13, 2022
Then based on apa yang kau belajar dekat copywriting course, youtube dan buku tu, cuba improvise copywriting tu.
Buat la dalam 5-10 copy sebagai praktis.
Once kau rasa copywriting kau ni bagus..
3. Belajar tentang psikologi manusia, pemasaran dan jualan
Kemahiran copywriting penting dalam perniagaan bagi menarik minat orang ramai membeli produk atau servis ditawarkan. Dalam masa yang sama, teknik pemasaran serta jualan yang baik juga penting untuk mempromosikan perniagaan berkenaan.
4. Bina portfolio
Bila anda sudah yakin dengan kemahiran copywriting yang dipelajari dan dipraktiskan, bolehlah mula untuk menghubungi atau menghantar mesej di media sosial mereka bagi menawarkan perkhidmatan anda.
Sebagai permulaan, anda boleh menawarkan perkhidmatan copywriting pada harga yang rendah dan berpatutan. Hubungi pelbagai jenis syarikat sebanyak mungkin walaupun tidak semua yang akan memberi maklum balas semula.
Dapat dua atau tiga dahulu pun boleh je.
Selepas beberapa perkhidmatan diberikan kepada syarikat lain, inilah peluang anda untuk menaikkan sedikit demi sedikit harga perkhidmatan.
Caranya adalah dengan berkongsi kejayaan yang diperolehi berdasarkan syarikat yang menggunakan perkhidmatan anda sebelum ini.
Tapi result tu kau akan bawa kepada client seterusnya yang kau boelh cakap, dari copywriting kau dengan client X, cost per lead turun sebanya 50%. Sale naik 20% etc. Apa2 tangible result lah.
— Afif Rus 🦊 (@m0d0) May 13, 2022
Rinse and repeat.
5. Ulang kaji semula kemahiran untuk memperbaiki diri
Walaupun pelbagai ilmu dipelajari dan telah mempunyai beberapa pengalaman memberikan perkhidmatan copywriting kepada syarikat lain, tidak salah jika anda ingin memperbaiki mana-mana bahagian yang patut.
Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan meminta pandangan setiap syarikat yang menggunakan perkhidmatan copywriting anda. Dengan cara ini anda boleh memperbetulkan mana-mana kesilapan yang kurang diberi perhatian.
Dapat buat setiap dua atau tiga minggu sekali pun dah okay.
Kepada anda yang ingin membaca perkongsian sepenuhnya oleh pengguna Twitter ini, boleh klik [di sini].
Dengan adanya teknologi pada zaman ini, pelbagai cara kita boleh jana pendapatan. Lebih-lebih lagi apabila semua berada di hujung jari. Yang penting kena rajin dan pandai ambil peluang.
Bila kita selalu berusaha, barulah ada hasilnya betul tak? Kepada anda yang berminat untuk menceburi bidang copywriting, bolehlah mencuba tips dikongsikan oleh pengguna Twitter di atas.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.