Now Reading
Lelaki Kongsi Tips Jana Duit Secara Pasif. Senang Je!

Lelaki Kongsi Tips Jana Duit Secara Pasif. Senang Je!

Tengah tidur pun boleh dapat duit. Ini yang dinamakan pendapatan pasif.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Masuk tahun baru, harga barang pun ‘baru’ juga kerana dijangkakan berlakunya peningkatan harga barangan makanan kering seperti biskut dan sardin.

Disebabkan itu, ramai yang mula berfikir untuk mencari pendapatan tambahan bagi menyara kehidupan. Lebih-lebih lagi yang sudah berumahtangga.

Ada sesetengah individu yang terpaksa mengikat perut demi kelangsungan hidup. Gaji ada cuma perlu berjimat-cermat.

Nak buat kerja part time lepas balik dari pejabat, takut tak larat pula. Jadi, macam mana?

Tips jana pendapatan secara pasif

Kredit: Money Inc

Jangan risau, ada seseorang yang boleh bantu anda! Pengguna Twitter bernama Hafiz Azman telah berkongsi beberapa tips untuk menjana pendapatan secara pasif.

Tengah tidur pun boleh dapat duit! Tapi sebelum anda mendapat kesenangan seperti itu, kena usaha keras sikit pada permulaan proses.

Nota: Tips yang dikongsikan ini adalah untuk kegunaan bisnes sebenar dan bukannya Skim Cepat Kaya.

Antara tips yang dikongsikan adalah seperti berikut:

1. Fikir target pelanggan

2. Cari potensi untuk buat duit melalui target pelanggan

3. Tentukan target pelanggan ikut formula

4. Cipta platform sendiri

5. Bina konten yang memberi manfaat untuk hidupkan platform

6. Cuba sertai mana-mana program Affliate

7. Kumpulkan senarai e-mel

8. Selitkan produk dari program Affliate dalam konten

9. Automasikan proses promosi

10. Cari pekerja dan bentuk kumpulan


Zaman sekarang ini ada pelbagai cara untuk kita jana pendapatan. Lebih-lebih lagi apabila semuanya di hujung jari. Tinggal rajin tak rajin tu je.

Kalau anda nak belajar lebih banyak ilmu tentang topik eCommerce, blogging dan juga Digital Marketing, boleh juga layari laman web Kartel Digital.

Yang penting kena usaha secara berterusan, baru ada hasil. Untuk anda yang nak cuba jana pendapatan secara pasif, boleh cuba tips yang telah dikongsikan okay?

Selamat mencuba! 😊


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd