Now Reading
[Tips] Nampak Bersih Tetapi Tidak, Lelaki Ini Kongsi Cara Cuci Sikat Dengan Betul

[Tips] Nampak Bersih Tetapi Tidak, Lelaki Ini Kongsi Cara Cuci Sikat Dengan Betul

Jelas lelaki dikenali sebagai Alyph, kekotoran pada sikat terkumpul disebabkan peluh, kelemumur atau minyak daripada kulit kepala.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aspek penjagaan diri merupakan perkara yang perlu diberi perhatian dengan lebih mendalam oleh semua orang tidak kiralah kaum hawa atau adam.

Namun begitu, masih ramai yang tidak ambil cakna tentang kesihatan khususnya tentang penjagaan rambut masing-masing.


Lelaki Kongsi Cara Cuci Sikat Dengan Betul

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@alyphsyafi2), menyaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Alyph berkongsi cara-cara mencuci sikat rambut dengan kaedah yang betul.

Menurut Alyph, kebiasaannya sikat akan kelihatan bersih dari segi luaran, namun sebaliknya ia amatlah kotor jika tidak dibersihkan secara kerap.

Oleh disebabkan itu, dia menyarankan orang ramai untuk mencuci sikat di rumah dengan bersih iaitu seminggu sekali. Jikalau anda terlalu sibuk, maka boleh sahaja dilakukan sekali pada setiap hujung bulan.

#1. Rendam Sikat Dengan Air Panas

Pertama sekali, anda perlu kumpul kesemua sikat yang anda gunakan dan masukkannya ke dalam sebuah baldi. Kemudian, masukkan pula air panas iaitu sehingga kesemua sikat dilihat berendam. Jenis air yang ingin digunakan adalah mengikut pilihan masing-masing sama ada mahu guna air yang dijeram atau dari mesin penapis.

Jelas Alyph, air bersuhu panas digunakan agar minyak yang melekat akan kembang dan terpisah dari permukaan sikat.

Sumber: TikTok (@alyphsyafi2)
#2. Masukkan Sabun

Selepas direndamkan di dalam air buat seketika, masukkan pula sedikit sabun pencuci. Bak kata Alyph, anda boleh gunakan apa sahaja sabun pilihan sama ada jenis cecair, serbuk atau sebagainya. Kuantiti sabun pula mengikut kesesuaian dan jangan terlampau banyak.

Sumber: TikTok (@alyphsyafi2)
#3. Bilas Sikat Guna Air Bersih

Kemudian anda boleh lihat kotoran mula kelihatan di dalam baldi selepas dua ke tiga jam berlalu. Ia boleh jadi berwarna hitam atau tompokan putih.

Untuk memastikan kotoran degil itu betul-betul hilang, jangan lupa gosok sedikit sikat anda dan meratakan air bersih agar segala peluh, minyak atau kelemumur yang melekat akan terhapus.

Ujar lelaki itu dalam hantaran sama, penjagaan kebersihan rambut haruslah dititik beratkan bagi mengelakkan masalah rambut gugur, rosak atau berkelemumur berlaku.

Sumber: TikTok (@alyphsyafi2)

Baca Artikel Berkaitan: Kelemumur Di Kulit Kepala Tak Mahu Hilang? Ini Jenis Syampu Yang Anda Perlukan

@alyphsyafi2

Sapa yang tak pernah cuci sikat tu, hampa try cuba buat tengok. Mau berdaki penoh kat sikat tu kotor. Boleh la buat macam ni untuk kebersihan kulit kepala dan rambut kita juga #alyphshare #haircare #hairosbyalyphsyafi

♬ original sound – Alyph Syafi – Alyph Syafi

Tips Penjagaan Rambut Berminyak

Pasti ramai di antara anda yang mahukan rambut yang sihat dan bergaya. Bagaimanapun, masalah rambut berminyak yang sering berlaku kepada sesetengah individu membuatkan penampilan mereka kelihatan tidak terurus.

Buat anda yang sedang menghadapi masalah tersebut, di sini kami kongsikan beberapa tips menjaga rambut daripada mudah berminyak. Antaranya:

  • Elakkan menyentuh atau mendandan rambut menggunakan tangan yang kotor.
  • Elakkan mencuci rambut pada setiap hari sekiranya anda mempunyai rambut berminyak secara semula jadi.
  • Pilih jenama syampu dan perapi rambut yang sesuai dengan kulit kepala.
  • Hubungi pakar pemakanan untuk memeriksa sama ada diet anda mempunyai kaitan dengan pengeluaran minyak yang berlebihan.
  • Gunakan clarifying shampoo untuk menghilangkan semua lebihan minyak dan apa-apa produk pada rambut anda.
Sumber: Unsplash

Petua Penjagaan Rambut Agar Tak Mudah Rosak

Masalah rambut seperti keguguran tidak lagi asing dalam kalangan orang ramai. Oleh disebabkan itu, di sini kami kongsikan beberapa tips penjagaan rambut yang boleh diamalkan oleh para wanita serta lelaki di luar sana.

  • Elak sikat rambut ketika sedang basah.
  • Pastikan rambut kering sebelum mengikat rambut.
  • Jangan gosok rambut menggunakan tuala.

Semoga perkongsian ini membantu buat semua. Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Kongsi 3 Tips Untuk Elak Rambut Cepat Rosak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd