[Video] Lelaki Ini Kongsi 3 Tips Untuk Elak Rambut Cepat Rosak
Elakkan untuk sikat, ikat dan gosok rambut ketika sedang basah.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Masalah rambut ini boleh dikatakan masalah yang tidak asing lagi dalam kalangan lelaki mahupun wanita.
Ada yang jenis rambut selalu gugur, banyak kelemumur, dan sebagainya.
Dah macam-macam produk dibeli untuk rawat kerosakan rambut tetapi masih sama je. Haih pening juga ni.
Tapi, pernah tak anda terfikir sebenarnya apa punca yang menyebabkan rambut kita rosak?
Mungkin salah satu faktornya berpunca daripada cara kita menjaga rambut.
Jangan buat tiga perkara ini kalau tak nak rambut rosak
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang lelaki di TikTok @alyphsyafi2, dia berkongsi beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika rambut sedang basah.
1. Jangan sikat rambut

Waktu rambut sedang basah, akar rambut agak rapuh dan mudah tercabut kerana pori-pori sudah terbuka.
Tapi kalau anda nak juga sikat rambut, pastikan pilih sikat yang bergigi jarak seperti gambar di bawah.

2. Jangan ikat rambut

Kalau anda nak ikat rambut juga, pastikan rambut kering terlebih dahulu.
3. Jangan gosok rambut dengan tuala

Boleh dikatakan hampir semua orang selalu menggosok rambut menggunakan tuala selepas mandi.
Katanya nak bagi rambut cepat kering.
Tahu tak, sebenarnya perbuatan itu salah dan tidak elok untuk rambut.
Seeloknya anda cuma ‘dab dab’ sahaja rambut yang basah itu menggunakan tuala dan boleh juga dikeringkan menggunakan pengering rambut.
Kalau tak ada pengering rambut, biarkan je rambut kering dengan sendiri.
@alyphsyafi2 Jangan buat ni kalau tak mau rambut rosak #alyphshare #hairosbyalyphsyafi #tipsrambut #haircare
♬ MONEY – 리사 (LISA)
Senang je kan nak elak tiga perkara ini? Mungkin selama ni rambut kita selalu rosak disebabkan cara penjagaan yang salah.
Apa kata anda cuba dahulu tips yang dikongsikan dan lihat perubahannya dalam beberapa tempoh.
Mana tahu rambut makin sihat macam dalam iklan syampu.
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.