Now Reading
Kelemumur Di Kulit Kepala Tak Mahu Hilang? Ini Jenis Syampu Yang Anda Perlukan

Kelemumur Di Kulit Kepala Tak Mahu Hilang? Ini Jenis Syampu Yang Anda Perlukan

Antara simptom kelemumur yang boleh diperhatikan adalah seperti terdapat sisik warna putih pada kulit atau kepala berasa gatal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Aspek penjagaan diri merupakan satu perkara yang perlu diambil perhatian oleh semua individu. Sekiranya ianya tidak terjaga, pelbagai masalah kesihatan diri yang akan timbul.

Sebagai contoh, penjagaan rambut yang tidak dititik beratkan akan menyebabkan sel rambut mati selain mempunyai kelemumur degil yang sukar untuk dihilangkan.

Ia bukan sahaja akan memberi kesan buruk pada rambut malah, penampilan diri juga akan tidak terurus.


Apa Itu Kelemumur?

Kelemumur atau dikenali sebagai ‘dandruff’ merupakan sejenis masalah kulit kepala yang sering berlaku di kalangan masyarakat.

Seperti kebiasaannya, simptom yang boleh diperhatikan sekiranya seseorang itu mempunyai kelemumur adalah apabila ada pembentukan sisik warna putih pada kulit atau kepada berasa gatal.

Tidak dapat dinafikan sisik pada kulit itu boleh gugur dengan sendiri, namun jika anda kerap menggaru kepala ia akan membuatkan proses pengguguran tersebut berlaku dengan lebih banyak dan cepat.

Sumber: Unsplash

Punca Berlakunya Wujudnya Kelemumur Pada Kulit Kepala

Antara punca yang menyebabkan berlakunya pembentukan kelemumur di bahagian kepala adalah:

  • Wujud sejenis kulit dipanggil sebagai Malassezia Globosa pada kepala.
  • Pendedahan kepada cahaya matahari secara kerap.
  • Kebersihan rambut yang tidak terjaga.
  • Mempunyai keadaan kulit dipanggil sebagai Seborrheic Dermatitis.
  • Produk penjagaan rambut yang tidak sesuai.
Gambar sekadar hiasan. Sumber: Freepik/Pexels

Jenis Syampu Untuk Atasi Masalah Kelemumur

Kepada anda yang sedang mengalami masalah ini, usah risau kerana keadaan tersebut boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang mengandungi bahan bersesuaian dengan kulit kepala.

Berikut adalah jenis dan beberapa ciri penting yang perlu ada dalam syampu anda. Antaranya:

  • Syampu yang berasaskan bahan tar.
  • Syampu Pyrithione Zink.
  • Syampu Salicylic Acid.
  • Syampu Selenium Sulfide.
  • Syampu Ketoconazole.

Jadi apabila membeli syampu di farmasi atau pasar raya, jangan lupa check dulu kandungan yang dipaparkan pada bahagian belakang produk.


Rawat Kelemumur Guna Rawatan Tradisional

Masalah kelemumur yang berterusan juga boleh dibendung melalui rawatan tradisional iaitu menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati dengan mudah di pasaran seperti:

  • Minyak kelapa.
  • Minyak zaitun.
  • Minyak daun teh.
  • Lidah buaya.
  • Cuka epal.
  • Bawang putih.
  • Serbuk penaik.
  • Garam.
  • Lemon.
  • Halba.
Sumber: Pexels

Tips Penjagaan Rambut

Masalah rambut seperti keguguran tidak lagi asing dalam kalangan orang ramai. Oleh disebabkan itu, di sini kami kongsikan beberapa tips penjagaan rambut yang boleh diamalkan oleh para wanita serta lelaki di luar sana.

  • Elak sikat rambut ketika sedang basah.
  • Pastikan rambut kering sebelum mengikat rambut.
  • Jangan gosok rambut menggunakan tuala.

Semoga perkongsian ini membantu buat semua. Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Ini Kongsi 3 Tips Untuk Elak Rambut Cepat Rosak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd