5 Petanda Orang Menghancurkan Diri Sendiri – Fadzilah Kamsah
Menurut pakar motivasi tersebut, membuang masa dengan melakukan perkara yang sia-sia merupakan salah satu tanda seseorang sedang menghancurkan masa depan diri sendiri.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila semakin meningkat dewasa, pasti ramai di kalangan masyarakat yang tidak pasti ke mana arah tuju hidup mereka kerana berdepan dengan cabaran dan rintangan.
Walaupun ramai dalam golongan itu yang sudah mempunyai pekerjaan tetap masing-masing, namun ada kalanya mereka akan hilang motivasi diri dan mula berasa diri sendiri tidak berguna.
Bahkan ada juga yang sudah berputus asa untuk kekal berjaya dalam hidup sehinggakan mereka melakukan perkara tidak bermanfaat.
5 Tanda Individu Sedang Hancurkan Masa Depan Diri Sendiri
Baru-baru ini, tular perkongsian oleh pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah menerusi akaun X (Twitter @fadzilahkamsah_), apabila dia berkongsi tanda-tanda seseorang individu itu sedang menghancurkan diri sendiri.
#1. Buang Masa
Umum sedia maklum, masa merupakan perkara yang paling bernilai dalam kehidupan seseorang. Bak kata orang, masa itu emas.
Namun begitu, ada juga di antara kita yang membiarkan sahaja masa berlalu begitu sahaja tanpa melakukan sesuatu yang bermanfaat atau melakukan sesuatu yang sia-sia.
Kalau difikirkan, banyak urusan yang boleh dilakukan dan diselesaikan dalam masa 24 jam jikalau anda pandai menguruskan masa sebaiknya.
#2. Takut Untuk Bangkit Semula
Tidak dinafikan ramai juga di antara kita yang sudah mempunyai matlamat hidup dan rancangan tersendiri untuk jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, segelintir daripada golongan tersebut dikatakan mudah berputus asa selepas gagal dalam sesuatu perkara.
Hal ini terjadi apabila kegagalan yang dilalui oleh seseorang itu berulang kali terjadi sehinggakan mereka tiada semangat untuk bangkit dan mencuba semula.
“Walhal, orang berjaya, lihat gagal sebagai permulaan kejayaan yang sebenar,” ujar Fadzilah Kamsah.
#3. Merendahkan Diri Sendiri
Tanda ketiga yang menunjukkan anda sedang menghancurkan masa depan adalah apabila apabila sering memperlekehkan dan merendah-rendahkan diri sendiri.
Kebiasaannya situasi sebegitu terjadi apabila melihat orang lain mempunyai keupayaan dan bakat yang jauh lebih mengagumkan daripada anda.
Oleh disebabkan perasaan yang dipendamkan itu, anda akan berasa diri tidak berguna selain sering mengejek diri sendiri.
#4. Tak Uruskan Wang Dengan Baik
Pada masa kini, segelintir orang ramai sering kali terpedaya dengan barangan-barangan baru yang trending di pasaran.
Oleh disebabkan perasaan tidak mahu ketinggalan atau seperti yang dipanggil Gen Z iaitu FOMO (fear of missing out), mereka akan bertindak membelinya walaupun harganya ‘cekik darah’.
Sikap itu juga akan mengakibatkan duit simpanan peribadi semakin berkurangan.
“Nampak apa sahaja model handphone baru keluar, terus nak beli. Padahal di akaun bank tinggal berbelas ringgit ni,” kata pakar tersebut.
Malah, ada juga yang sanggup berhutang dengan kenalan terdekat bagi memastikan mereka mendapat barangan yang mahal.
#5. Suka Berfikiran Negatif
Sesetengah individu selalu berfikiran negatif dalam rutin harian mereka. Tabiat tersebut berlaku apabila mereka terlalu takut akan kegagalan walhal belum mencuba lagi melalakukan sesuatu perkara itu.
Sebagai contoh, ada sesetengah individu yang tidak mahu menyertai sesuatu pertandingan kerana menganggap dirinya akan kalah dengan peserta-peserta yang lain.
Sementara itu, golongan ini juga difahamkan terlalu memikirkan apa pendapat orang lain tentang diri sendiri. Dalam erti kata mudah ‘overthinking’.
Cara Ubah Diri Ke Arah Kebaikan
Buat anda yang mempunyai tanda-tanda yang dinyatakan di atas, usah risau. Di sini kami kongsikan beberapa petua dikongsikan Fadzilah Kamsah yang anda boleh praktikkan untuk mengubah diri sendiri ke arah kebaikan.
Antaranya:
- Bijak membahagikan masa dengan membuat senarai ‘What-To-Do’ list agar aktiviti seharian terurus.
- Fokus terhadap sesuatu perkara dalam satu masa agar fikiran tidak terganggu.
- Melakukan perubahan kecil yang boleh memberi impak kepada pembangunan diri seperti membaca buku, bersedekah atau mula bersenam.
- Kawal emosi dan sentiasa menerapkan fikiran positif.
- Bina ramai kenalan dengan individu dari golongan intelektual.
Kita baru sahaja melangkah ke tahun baru, mana tahu dengan menerapkan amalan di atas, anda akan nampak perubahan positif terhadap diri sendiri. Good luck semua!
Baca Artikel Berkaitan: Fadzilah Kamsah Kongsi 5 Pesanan Untuk Ubah Diri Jadi Lebih Baik Sebelum 2023
Baca Artikel Berkaitan: Fadzilah Kamsah Kongsi 15 Tips Ubah Gaya Hidup Lebih Bahagia & Positif
Baca Artikel Berkaitan: 12 Tips Psikologi Untuk Bantu Individu Pemalu Di Luar Sana
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram