Fadzilah Kamsah Kongsi 15 Tips Ubah Gaya Hidup Lebih Bahagia & Positif
Selain menjaga tubuh badan, kesihatan mental juga penting untuk menjadikan kehidupan lebih positif.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kita nak hidup ini bukan sehari dua, tetapi berpuluh tahun. Sebab itulah pentingnya untuk menjaga kesihatan diri dari segi fizikal dan mental bagi memastikan kehidupan berjalan dengan baik.
Gaya hidup yang diamalkan menjadi salah satu faktor utama yang mempengaruhi diri kita. Contohnya seperti pemakanan yang diambil serta pergaulan dengan orang sekeliling.
BACA JUGA: Ini 6 Jenis ‘Toxic Positivity’ Yang Anda Patut Elakkan Demi Kesihatan Minda
Pakar motivasi kongsi tips ubah kehidupan ke arah positif
Baru-baru ini, seorang pakar motivasi iaitu Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah berkongsi di laman Twitter miliknya (@fadzilahkamsah_) beberapa tips untuk mengubah gaya hidup menjadi lebih bahagia secara positif.
Antara tips yang dikongsikan adalah seperti berikut:
1. Bangun awal pagi
Tips pertama adalah dengan bangun lebih awal berbanding kebiasaan dan penuhi masa terluang pada pagi tersebut dengan aktiviti produktif seperti beribadah serta membaca.
Ini thread cara nak ubah derita kepada bahagia:
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) July 2, 2022
1. Tukar rutin harian diri. Hidupkan pagi kamu seawal 430 pagi. Waktu kamu sedang sendiri, masa itu kamu dekatkan diri dengan beribadat dan lakukan aktiviti produktif seperti membaca.
2. Amalkan hidup yang lebih minimalis
Perasan tak kadang-kadang rumah kita penuh dengan barangan yang tidak diperlukan? Apa kata anda mula mengasingkan barang yang tidak perlu dan mendermakannya kepada pihak yang memerlukan. Contohnya seperti pakaian terpakai.
2. Perhatikan sekeliling di dalam rumah, asingkan mana yang perlu dan tidak diperlukan lagi. Bungkus yang tak perlu dan dermakan pada yang memerlukan.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) July 2, 2022
Amalkan gaya hidup minimalist.
3. Buat pemeriksaan kesihatan diri
Kesihatan adalah salah satu aspek penting yang perlu diambil berat bagi memastikan kita dapat menjalani kehidupan dengan baik. Berikutan itu, buatlah pemeriksaan kesihatan setiap tiga hingga enam bulan sekali.
Pada masa yang sama, amalan gaya hidup sihat seperti bersenam tiga kali seminggu serta mengamalkan pemakanan berkhasiat juga menjadi faktor utama dalam penjagaan kesihatan diri.
3. Sentiasa buat pemeriksaan kesihatan setiap 3-6 bulan. Amalkan gaya hidup sihat dan perhatikan apa yang kamu makan. Pastikan nutrisi yang diambil adalah seimbang.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) July 2, 2022
4. Cari hobi yang mampu menaikkan semangat
Pernah tak anda rasa tak ada motivasi nak buat sesuatu tetapi bila diajak buat hobi yang digemari terus bersemangat? Setiap orang pastinya ada hobi masing-masing seperti memancing, melukis, berjalan-jalan dan sebagainya.
Untuk menjadikan kehidupan lebih positif, cuba cari hobi yang boleh membuatkan anda terus rasa bersemangat pada hari tersebut. Senang kata kalau sehari tak buat hobi berkenaan, terus rasa macam tak lengkap hidup.
4. Cari true calling dalam hidup. Maksudnya kamu cari sesuatu yang bila kamu lakukan akan buat kamu jadi bersemangat dan hidup sentiasa terinspirasi.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) July 2, 2022
Walaupun apa pun keadaan kamu, penat ke sakit ke, kamu tetap ada semangat nak buat.
5. Jaga kesihatan mental dengan baik
Tabiat terlalu berfikir atau ‘overthink’ adalah salah satu amalan yang tidak bagus untuk memelihara kesihatan mental. Lebih baik gunakan minda kita untuk berfikir hal-hal yang memberi kebaikan kepada diri serta orang sekeliling.
5. Pelihara diri kamu terutama kesihatan mental kamu. Sentiasa jaga apa yang kamu fikirkan, elakkan overthinking dan gunakan minda kamu untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT dan alam.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) July 2, 2022
6. Jaga hubungan dengan Tuhan
Hubungan dengan Tuhan adalah bersikap spiritual yang juga menjadi ‘makanan’ kepada hati. Sebagai umat Islam, menjaga solat lima waktu dalam sehari perlu menjadi keutamaan dalam kehidupan seharian.
6. Jaga hubungan kamu dengan Allah SWT terlebih dahulu. Cek solat 5 waktu dan sentiasa solat awal waktu.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) July 2, 2022
7. Jaga hubungan dengan orang sekeliling
Sebagai manusia, kita tak lari dari melakukan kesilapan. Kadang kala, tak salah untuk kita memohon maaf dengan orang tersayang seperti ahli keluarga. Jangan lupa juga untuk tanya khabar saudara-mara baik yang jauh mahupun terdekat.
6. Jaga hubungan kamu dengan Allah SWT terlebih dahulu. Cek solat 5 waktu dan sentiasa solat awal waktu.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) July 2, 2022
8. Semak semula dengan siapa kita bergaul
Orang di sekelilig kita juga mempengaruhi kehidupan seharian. Jadi, pilihlah rakan-rakan yang memberi inspirasi untuk membawa kita kepada kehidupan lebih baik dari segi kesihatan mental, fizikal dan rohani.
8. Perbaharui kehidupan sosial kamu. Lihat circle kamu. Jika toksik, keluarlah segera. Carilah mereka yang sentiasa beri inspirasi dan dorong kamu ke arah kebaikan.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) July 2, 2022
9. Jadikan rumah lebih nyaman
Sesebuah kediaman itu perlulah mempunyai ruang yang selesa dan bersih untuk memastikan penghuni juga lebih tenteram. Yang paling penting kena ada pengudaraaan yang baik.
9. Buat rumah kamu jadi lebih nyaman dan tenteram. Pastikan rumah ada pengudaraan yang baik. Pasang pewangi, sentiasa kemas rumah dan bersihkan tandas selalu.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) July 2, 2022
10. Pilih kerjaya yang membantu dalam perkembangan diri
Sebagai orang dewasa, kerjaya merupakan sebahagian daripada kehidupan. Jadi pilihlah bidang kerja yang mampu memberi perkembangan positif dari segi kemahiran diri.
9. Buat rumah kamu jadi lebih nyaman dan tenteram. Pastikan rumah ada pengudaraan yang baik. Pasang pewangi, sentiasa kemas rumah dan bersihkan tandas selalu.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) July 2, 2022
11. Ubah persepsi apabila berdepan masalah
Bila berdepan dengan masalah, ramai yang akan tertekan. Mulai hari ini, apa kata ubah cara anda melihat masalah dan jadikannya sebagai peluang untuk belajar memperbaiki diri.
11. Tukarkan cara kamu melihat masalah. Lihat ia sebagai peluang untuk belajar. Cari solusi. Tak jumpa. Cari lagi dan terus cari.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) July 2, 2022
12. Manfaatkan minat dengan membuat kerja sampingan
Setiap orang mesti ada minat terhadap sesuatu seperti menjahit, memasak dan sebagainya. Sebenarnya anda boleh memanfaatkan minat tersebut dengan membuat kerja sampingan mengikut kesukaan masing-masing.
12. Buat kerja sampingan mengikut minat dan kesukaan kamu. Asah bakat dan skil kamu supaya kamu dapat duit dengan hal yang kamu suka.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) July 2, 2022
Ia akan buat kamu lebih bahagia dari merana rasa terpaksa.
13. Beri sumbangan kepada masyarakat
Kalau anda ada waktu lapang, berjinak-jinaklah mengikuti kerja sukarelawan bagi membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Selain pemberian berbentuk wang, pengorbanan dari segi tenaga juga boleh menjadi saham pahala di akhirat.
13. Berikan sumbangan kepada masyarakat. Ikuti NGO, kerja amal dan sentiasa dekatkan diri dengan orang ramai. Gunakan masa dan tenaga kamu sebagai jalan ‘sedekah’ supaya kamu suburkan ladang pahala di akhirat kelak.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) July 2, 2022
14. Dekatkan diri dengan alam semula jadi
Untuk pengetahuan anda, alam semula jadi memiliki ion yang mampu untuk meneutralkan ion negatif di dalam badan. Cubalah hujung minggu kita pergi beriadah di taman, berkhemah, mandi sungai, mendaki dan sebagainya.
14. Perkuatkan hubungan kamu dengan alam. Hujung minggu, ambil masa untuk pergi beriadah, masuk hutan, berkhemah, mandi air terjun, ke sungai dan panjat bukit atau gunung.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) July 2, 2022
Hutan dan alam ada ion yang dapat meneutralkan ion negatif dalam badan kamu.
15. Didik diri jadi pemaaf
Kadang kala kita pun ada buat salah kepada diri sendiri. Sekali-sekala, belajarlah untuk memaafkan diri atau orang sekeliling. Dengan cara ini, kita akan belajar untuk melepaskan perkara yang telah berlaku.
15. Sentiasa hidup dengan memaafkan diri dan orang sekeliling. Memaafkan adalah tanda kamu kuat dan memilih untuk move on dari rasa derita yang tiada gunanya.
— Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah (Official) (@fadzilahkamsah_) July 2, 2022
Setiap hari adalah hari yang baharu dan peluang untuk kita sentiasa perbaiki diri menjadi lebih baik.
Jadi kami berharap dengan tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda memulkan hidup dengan positif. Tak dapat buat semua, buat sikit pun tak apa. Yang penting ada progress okay?
BACA JUGA: 12 Tips Psikologi Untuk Bantu Individu Pemalu Di Luar Sana
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.