Now Reading
Fadzilah Kamsah Kongsi 5 Pesanan Untuk Ubah Diri Jadi Lebih Baik Sebelum 2023

Fadzilah Kamsah Kongsi 5 Pesanan Untuk Ubah Diri Jadi Lebih Baik Sebelum 2023

Sebelum kita pasang azam baharu menjelang tahun 2023, apa kata kita persiapkan diri dengan membentuk sahsiah yang lebih baik?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kurang dari 90 hari lagi kita akan memasuki tahun 2023. Pejam celik sudah tahun baharu kan? Rasa sekejap sangat masa berlalu.

Kebiasaannya bila masuk tahun baharu, akan ada azam baru juga betul tak?

Apa kata sebelum masuk tahun 2023 ini, kita ubah gaya hidup dan bentuk diri menjadi lebih baik terlebih dahulu. Barulah semangat nak realisasikan azam baru kita.

Fadzilah Kamsah Kongsi Tips Bentuk Diri Lebih Baik Sebelum Masuk Tahun Baharu

Baru-baru ini pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah berkongsi beberapa tips di laman Facebook miliknya (Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah) untuk membantu anda yang ingin memperbaiki diri sebelum menjelang tahun 2023.

Antara tips yang dikongsikan adalah seperti:

1. Bjiak Menguruskan Masa

Sumber: Forbes

Setiap manusia diberikan tempoh waktu 24 jam dalam hidup masing-masing. Tetapi perasan tak, tahap produktiviti kita semua berbeza?

Jadi macam mana nak buatkan hidup anda lebih produktif? Caranya adalah dengan bijak menguruskan masa.

Kalau boleh sebelum tidur, buat senarai What-To-Do setiap hari untuk menguruskan aktiviti keesokan harinya. Paling penting, jangan lupa untuk bangun awal. Barulah boleh menyiapkan segala tugasan dengan efisien.

Bila kerja siap cepat, kita pun dapat rehat dengan lebih tenang.

2. Fokus Pada Satu Perkara

Sumber: Focusmate Blog

Tidak dinafikan memang ramai yang boleh membuat pelbagai kerja dalam satu masa. Tetapi itu akan membuatkan seseorang hanya memberi tumpuan sebanyak 20% sahaja untuk setiap tugasan.

Apa kata mulai hari ini, anda ubah cara itu dengan memberi 100% fokus kepada satu perkara sahaja. Selesaikan satu persatu.

3. Lakukan Perubahan Kecil Secara Berterusan

Sumber: Healthline

Walaupun sesuatu perkara itu nampak seperti kecil, tetapi jika dilakukan dengan berterusan tidak mustahil akan memberi impak besar.

Contohnya kalau kita menabung RM1 sehari, hujung bulan sudah dapat kumpul RM30.

Selain menabung, apa kata anda cuba lakukan sesuatu yang anda minat secara perlahan-lahan seperti:

  • Membaca buku sekurang-kurangnya sehelai sehari.
  • Mula bersenam minimum lima minit setiap pagi.
  • Makan buah sehari sekali.
  • Bersedekah seminggu sekali.

4. Kurangkan Negativiti Dan Hanya Fokus Kepada Perkara Positif Sahaja

Sumber: Shutterstock

Sebagai manusia, kita memang tak dapat lari dari masalah dan ianya kadangkala membentuk pemikiran negatif dalam diri.

Apabila anda berdepan situasi seperti ini, cuba sebaik mungkin untuk kekal tenang dan mencari sisi positif terhadap apa yang berlaku.

Setiap kali menghadapi masalah, elakkan emosi mengawal kita. Biar kita yang mengawal emosi dan pemikiran untuk ke arah lebih positif.

Mungkin masalah yang berlaku boleh memberi peluang kepada kita untuk menjadi lebih baik dan bijak menguruskan konflik.

5. Bina Ramai Kenalan Dengan Golongan Intelektual

Sumber: Pick-kart

Orang yang berada di sekeliling kita juga mempengaruhi pembentukan diri. Kalau kawan dengan mereka yang setiap masa ingin ‘membawang’, percayalah kita pun akan terikut sekali.

Jadi apa kata anda buat lebih ramai kenalan daripada golongan yang intelektual. Boleh juga bertukar idea dan pendapat tentang isu semasa berkaitan politik negara, ekonomi dunia dan sebagainya.


Apa yang berlaku di sekeliling kita sudah ditentukan mengikut takdir Tuhan. Dengar kata dugaan tahun 2023 nanti akan lebih mencabar terutamanya dari segi ekonomi.

Sebagai persediaan, kita perlulah membentuk diri menjadi lebih kuat dan tabah untuk menghadapi apa jua yang mendatang.

Kalau bukan sekarang, bila lagi kita nak mula membentuk diri yang baharu kan?

BACA JUGA: Fadzilah Kamsah Kongsi 15 Tips Ubah Gaya Hidup Lebih Bahagia & Positif


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd