Now Reading
12 Tips Psikologi Untuk Bantu Individu Pemalu Di Luar Sana

12 Tips Psikologi Untuk Bantu Individu Pemalu Di Luar Sana

Rasa malu yang berlebihan sebenarnya boleh menutup banyak peluang dalam hidup anda.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perasaan malu adalah salah satu sifat manusia yang perlu wujud untuk memelihara maruah dan kehormatan diri. Tapi jika berlebihan, ianya boleh mengganggu kehidupan seharian dari teruamanya segi kerjaya.

Sebagai contohnya, seseorang itu malu untuk bergaul dengan orang yang tidak dikenali atau segan bertanya tentang perkara yang tidak diketahui. Jadi nak tak nak, anda perlu mengatasi masalah ini.

Jom kami kongsikan beberapa tips untuk individu pemalu di luar sana. Antaranya:

1. Jangan tonjolkan rasa malu kepada orang ramai

Kalau anda jenis yang pemalu, elakkan dari mendedahkan sifat tersebut kepada orang ramai. Kadang-kadang orang lain tak perasan pun yang anda seorang yang pemalu.

2. Jangan labelkan diri sebagai pemalu

Setiap orang ada keunikan masing-masing. Biarkan peribadi diri anda itu dipandang sebagai ciri yang lain daripada lain.

3. Tarik nafas sedalam-dalamnya

Sifat malu kadang kala wujud ketika anda sedang gemuruh tentang sesuatu.

Antara langkah mudah bagi mengatasi perasaan gemuruh adalah dengan tarik nafas sedalam-dalamnya untuk membuatkan anda rasa lebih tenang dan boleh berfikir dengan jelas.

4. Banyakkan berjumpa orang baharu

Bila kita jumpa dan bersosial dengan orang yang baharu dikenali, sebenarnya lebih mudah untuk kita meningkatkan keyakinan diri.

Mula-mula mungkin agak kekok tetapi bila kita sudah biasa berkomunikasi dengan orang baharu, rasa malu itu akan hilang.

5. Bayangkan diri anda

Apa-apa perbuatan yang kita buat mesti akan bermula apabila kita terfikir tentangnya. Tidak mustahil perkara yang hanya terlintas dalam fikiran boleh bertukar menjadi realiti.

Bayangkan kalau anda seorang yang yakin bercakap di khalayak ramai atau bercakap dengan ‘crush’ dan banyak lagi.

6. Sentiasa berfikiran positif

Orang pemalu ini sebenarnya ada satu perasaan yang orang lain akan menganggap dirinya dari segi negatif.

Selepas ini, buang perasaan negatif dan sentiasa berfikiran positif okay?

7. Sentiasa tertanya-tanya

Bagus sebenarnya bila kita rasa tertanya-tanya sebab dengan perasaaan itulah kita akan mudah untuk berkomunikasi dengan individu berkenaan tentang topik yang tidak diketahui.

Mungkin daripada sesi pertanyaan boleh bertukar menjadi sesi perkongsian ilmu.

8. Berlembut dengan diri sendiri

Dalam fikiran kita, mesti akan ada suara yang dipanggil ‘inner voice’ yang bertindak seolah-olah penasihat diri kita.

Sesetengah individu mungkin agak kasar dengan diri sendiri dan menganggap orang lain mempunyai tanggapan yang sama sepertinya.

Siapa lagi yang kita nak harapkan untuk buat baik dengan kita kalau bukan diri sendiri, betul tak?

9. Senaraikan perkara yang dirisaukan

Bila kita tahu punca sesuatu masalah, lebih mudah ianya dapat diselesaikan dengan cepat.

10. Satu masalah tak bermakna hari yang malang

Walaupun ada satu perkara buruk yang berlaku, itu tak bermaksud hari anda bertukar malang.

11. Jangan fikir yang buruk-buruk

Jangan ‘overthink’ dan terlalu fikirkan masalah tersebut sehingga boleh mengganggu tugas harian yang lain.

Kadang kala perkara yang kita anggap sebagai masalah besar tidak menjejaskan individu lain.

12. Hadap perkara yang ditakuti

Kebiasaanya orang akan lari bila berdepan perkara yang ditakuti. Tetapi sebenarnya dengan cara itu akan membuatkan kita lebih takut.

Cuba cabar diri untuk berdepan dengan perkara yang ditakuti itu.


Rasa malu yang berlebihan sebenarnya boleh menutup banyak peluang dalam hidup anda.

Cuba bayangkan anda ada peluang untuk menemu ramah artis kegemaran anda, tetapi disebabkan rasa malu jadi anda terpaksa menolak tawaran itu. Rugi kan?

Jadi kami berharap dengan tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda mengatasi rasa malu dalam diri. Tak dapat buat semua, buat sikti pun tak apa. Yang penting ada progress okay?

Goodluck! Jangan segan-segan cuba tips di atas.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd