Operator Kilang Tikam Kening Remaja Perempuan Direman Sehingga Esok, 22 Jun
Suspek terus membuat laporan polis selepas insiden ditikam di bahagian kening menggunakan kunci kereta.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sesuatu pergaduhan itu boleh berpunca daripada percakapan yang tidak dijaga sehingga mengguris hati pihak lain dan mencetuskan perselisihan faham.
Begitulah yang berlaku dalam kejadian melibatkan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun ketika dia diserang oleh wanita 23 tahun menggunakan kunci kereta pada bahagian kening mangsa sehingga berdarah.
Kejadian yang berlaku pada Ahad (19 Jun) di gerai permainan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, Kedah itu dikatakan berpunca kerana tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa tentang isu perniagaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, mangsa sedang berada di gerai kakaknya sebelum berlakunya pertengkaran dan diserang oleh suspek.

Pergelutan mangsa dan suspek walau bagaimanapun berjaya dileraikan oleh orang ramai di kawasan sekitar.
Susulan itu, mangsa yang mengalami kecederaan di kening akibat ditikam dengan kunci kereta terus membuat laporan polis berhubung kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan.
Mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) bagi mendapatkan rawatan.
Sebelum ini, rakaman video memaparkan remaja perempuan berlumuran darah telah tular di media sosial.
Sungai Petani: Tidak berpuas hati berhubung isu perniagaan, seorang remaja perempuan diserang seorang wanita bersenjatakan kunci kereta dalam kejadian berhampiran gerai mainan di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda, dekat sini semalam. pic.twitter.com/f24mckWxSK
— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) June 20, 2022
Suspek telah ditahan oleh pihak polis
Suspek wanita berusia 23 tahun bekerja sebagai operator kilang ditahan pihak polis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Suspek kini direman sehingga esok (22 Jun) dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.
BERITA LANJUT MENYUSUL.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.