Now Reading
Kuala Lumpur Raih Bandar Ke-6 Jadi Tuan Rumah Bengkel Siswazah Universiti Manchester UK

Kuala Lumpur Raih Bandar Ke-6 Jadi Tuan Rumah Bengkel Siswazah Universiti Manchester UK

Graduan Program MBA Global Manchester akan menyaksikan rangkaian alumni terkenal yang merangkumi 500,000 pelajar dari hampir 200 negara.

universiti manchester

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap orang di luar sana pasti mempunyai impiannya tersendiri yang mahu dicapai. Ada juga yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, namun atas faktor tertentu impian itu terpaksa diketepikan.

Berita baik buat anda yang berminat untuk meneruskan pengajiannya secara separuh masa di universiti berprestij, Universiti Manchester, United Kingdom telah melancarkan Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Global Manchester (MBA) di Malaysia.


Program Separuh Masa MBA Di Universiti Manchester, United Kingdom

Menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebenar tadi bertarikh 7 September 2023, program ini direka bagi membangunkan profesional perniagaan merentasi pelbagai industri.

Program yang bertempoh separuh masa selama dua tahun itu juga boleh dikemaskini agar bersesuaian dengan pilihan kerjaya dan subjek pembelajaran antarabangsa.

Seterusnya, program ini dipercayai melahirkan pemimpin perniagaan Malaysia yang berdaya saing dengan pemikiran yang bertanggungjawab secara sosial serta mengutamakan aspek global.


Kuala Lumpur Raih Bandar Ke-6 Di Dunia Jadi Tuan Rumah Bengkel Siswazah

Pengenalan Program MBA Global Manchester menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar keenam di dunia yang menjadi tuan rumah kepada salah satu bengkel siswazah berprestij di Universiti Manchester.

Dalam pada itu, bengkel berkenaan menandakan satu langkah maju yang kukuh buat Malaysia untuk dinobatkan sebagai destinasi utama dalam peta pendidikan antarabangsa.

Melalui program ini, pelajar akan mengambil kursus teras dalam perniagaan dan pengurusan global di Malaysia dan diberi pilihan untuk memilih antara lebih daripada 20 elektif kepakaran yang boleh dipelajari di mana-mana Pusat Global universiti di Manchester, Dubai, Hong Kong, Shanghai, atau Singapura.

Bukan itu sahaja, program ini turut menawarkan penginapan hotel percuma selama enam malam semasa belajar di mana-mana pusat berkenaan.

Pendedahan merentas benua program MBA yang menggabungkan pembelajaran secara fizikal dan dalam talian turut menawarkan bengkel dan projek langsung kepada para pelajar.

Fleksibel dan mudah alih, Program MBA Global Manchester disediakan untuk memenuhi profil kelas pelbagai yang kebanyakannya memegang jawatan kanan dalam organisasi dari industri pembuatan, kewangan, perundingan, perubatan dan teknologi.

“Malaysia merupakan pilihan untuk mengembangkan program kami, kerana kepelbagaiannya dalam aspek budaya,” kongsi Lim Bee Ing selaku Pengarah Serantau Universiti Manchester.

Sumber: The University of Manchester/Pexels

Dalam masa yang sama, Universiti Manchester amat berbangga dengan kekayaan pengetahuan dan kemahiran pengurusan yang dibawa oleh graduan mereka.

Kohor pelajar universiti berkenaan telah mewakili lebih 90 negara dan menyertai barisan pemimpin industri C-suite yang terkenal serta menamakan 25 pemenang Hadiah Nobel dalam kecemerlangan penyelidikan.


Universiti Manchester Berjaya Hasil Bakat Rakyat Tempatan

Lulusan kelas 2021 iaitu Dafinah telah menamatkan pengajian MBA ketika kemuncak pandemik Covid-19 dan berjaya menjadi CEO dalam jualan perdagangan dan perbankan komersial.

Selain itu, Dafinah telah menggunakan kemahiran diperoleh daripada program tersebut, yang membolehkannya mendapatkan perspektif global yang sama dengan rakan sebaya antarabangsa walaupun terdapat kekangan perjalanan dan masa.

Sumber: Business Today/Manchester University

“Pengalaman belajar di Manchester sangat inklusif. Perlu menyesuaikan diri dengan rakan sekerja yang tidak mempunyai zon waktu yang sama dan kewarganegaraan yang berbeza,” kata Dafinah.

Jelasnya lagi, faktor berkenaan benar-benar meningkatkan kemahiran berkomunikasi profesional beliau.

“Memandangkan MBA direka untuk memberikan graduan pengalaman yang sama di seluruh universiti global dan lokasi bengkel, adalah penting untuk saya meluaskan rangkaian perniagaan dan hubungan profesional di seluruh benua,” tambahnya.

Untuk pengetahuan umum, graduan Program MBA Global Manchester akan menyaksikan rangkaian alumni terkenal yang merangkumi 500,000 pelajar dari hampir 200 negara.

Pengambilan pelajar baharu untuk Program MBA Global Manchester adalah pada bulan Januari dan Julai setiap tahun.

Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran, anda boleh lawati laman web www.manchester.edu.sg/manchester-global-mba.

Baca Artikel Berkaitan: 72% Graduan SPM Tolak Sambung Belajar, Demi Jadi Konten ‘Creator’ Atau Pemandu e-Hailing

Baca Artikel Berkaitan: Nak Belajar Di UK? Lelaki Ini Kongsi Tips Bagi Yang Berminat Atau Sedang Buat Persiapan Untuk Intake Januari 2024

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Ini Kongsi Pendapat Tentang Keperluan Untuk Sambung Belajar Ke Peringkat PhD

Sumber: The University of Manchester


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd