Now Reading
72% Graduan SPM Tolak Sambung Belajar, Demi Jadi Konten ‘Creator’ Atau Pemandu e-Hailing

72% Graduan SPM Tolak Sambung Belajar, Demi Jadi Konten ‘Creator’ Atau Pemandu e-Hailing

Peningkatan pekerja berkemahiran rendah akan mempengaruhi produktiviti dan kemajuan negara pada masa panjang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap tahun mesti akan ada majikan mengeluh kerana mereka tidak dapat mencari pekerja baharu. Pada masa sama, ramai juga graduan mengadu mereka sukar untuk mencari peluang pekerjaan.

Memang terbukti ada banyak kekosongan tetapi banyak syarikat mempersoalkan mengapa mereka susah untuk mengisi beberapa jawatan yang ditawarkan? Terbaharu, satu kajian dilakukan oleh pihak kerajaan dilihat telah memberi jawapan kepada masalah ini.

Majoriti graduan mahu bekerja dalam platform gig

Memetik laporan Utusan, penyelidik mendapati seramai 390,000 orang atau 72.1% graduan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tiada perancangan untuk menyambung pengajian dan memilih untuk bekerja sebagai influencer di media sosial, pemandu e-hailing atau rider penghantar makanan.

Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan hanya 170,000 rakyat Malaysia daripada 560,000 graduan yang memiliki diploma pada tahun 2019 mengambil keputusan untuk menyambung pengajian.

Graduan selebihnya berjumlah 390,000 orang pula terus memasuki alam pekerjaan dan trend tersebut tidak memberi petanda bahawa perkara ini akan berhenti.

Sumber: TRP File

Pengarah Keusahawanan Jaringan Industri dan Masyarakat di Universiti Malaysia (UniMAP) Perlis iaitu Profesor Prof Madya Dr Shafriza Nisha Basah meluahkan kebimbangan melihat trend berkenaan yang akan menjejaskan perkembangan jangka masa panjang negara.

Beliau mengutarakan tiga sebab utama mengapa golongan dalam kumpulan umur tersebut tidak berminat untuk menyambung pelajaran:

  • Lebih banyak peluang pekerjaan pada platform gig.
  • Pengaruh media sosial.
  • Percaya bahawa keputusan akademik yang baik tidak menjamin pekerjaan bergaji tinggi.

Menurut laporan The Sun, Pengurus Pemasaran Produk di TikTok iaitu Neal Sivadas juga menegaskan bahawa ‘pemburu kerja’ menghadapi persaingan sengit dalam pasaran.

Beliau berkata bahawa purata permohonan pekerjaan hari ini adalah kira-kira 250 permintaan bagi mengisi satu jawatan manakala syarikat lebih besar seperti Microsoft dan Google pula menerima dua juta permohonan kerja setiap tahun.

Dengan pasaran pekerjaan sangat kompetitif serta peningkatan kos sara hidup, generasi muda tidak boleh dipersalahkan kerana menolak peluang pekerjaan bersifat traditional dan memilih kerja yang lebih cepat menjana pendapatan.

Sesetengah rakyat Malaysia tidak menghabiskan persekolahan

Sumber: Malay Mail

Selain itu, tinjauan terhadap tenaga buruh negara dilakukan oleh Malaysian Productivity Corporation (MPC) mendapati 5.8% rakyat Malaysia tidak pernah menghadiri atau menamatkan persekolahan.

MPC mengatakan bahawa kumpulan yang tidak bersekolah adalah daripada keluarga miskin, masyarakat Orang Asli serta golongan yang tinggal di Sabah dan Sarawak

The Star pula melaporkan kumpulan pelajar ini tidak menamatkan persekolahan mereka kerana kemiskinan, kurang minat dan tumpuan terhadap sistem peperiksaan.

Para pelajar juga dikatakan tiada motivasi untuk menyambung pengajian kerana ibu bapa seolah-olah tidak mengambil tahu tentang pendidikan anak mereka.

Pengarah Bahagian Pembangunan, Produktiviti dan Daya Saing MPC iaitu Mohamad Muzaffar Abdul Hamid berkata ini akan menyebabkan ramai pekerja berkemahiran rendah dalam syarikat dan menyebabkan penurunan dalam produktiviti, inovasi dan daya saing negara.

Beliau menambah bahawa ianya akan menyebabkan kesukaran dalam mewujudkan peluang pekerjaan baharu kemudiannya memberi kesan kepada pekerja bergaji rendah.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd