Now Reading
Nak Belajar Di UK? Lelaki Ini Kongsi Tips Bagi Yang Berminat Atau Sedang Buat Persiapan Untuk Intake Januari 2024

Nak Belajar Di UK? Lelaki Ini Kongsi Tips Bagi Yang Berminat Atau Sedang Buat Persiapan Untuk Intake Januari 2024

Antara tips paling penting adalah beli rice cooker siap-siap dari Malaysia sebab kat United Kingdom sangatlah mahal.

tips belajar di uk

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap orang pasti mempunyai angan-angan untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Dan, negara paling sering menjadi pilihan ramai adalah United Kingdom.

Sama juga dengan percutian, pasti akan memiliki London atau Amsterdam.

Jadi, tak hairanlah mengapa Bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin (KJ) pernah memanggil Kota London sebagai Kuala London sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Sambut Krismas Di ‘Kuala London’? KJ Saran Rakyat Ambil Suntikan Booster Kedua

via GIPHY


Tips Untuk Mereka Yang Berminat Untuk Melanjutkan Pelajaran Di United Kingdom

Seorang pengguna Twitter (X) Akram Noor menerusi ciapan telah berkongsikan beberapa tips berguna buat pelajar di Malaysia yang ingin melanjutkan pelajaran di United Kingdom.

“Kalau ada yang berminat nak sambung study di UK ataupun tengah buat persiapan untuk intake Sept 2023 / Jan 2024, baca thread ni. Dari senior kepada junior.”

Para juniors, boleh ikuti tips di bawah ini kalau nak belajar di UK:

#1. Healthcare di United Kingdom lambat dan mahal.

“Sorry to say, setahun duduk sini, NHS nak dapat appointment sangatlah susah. Aku bawa siap-siap ubat allergy sebab aku lactose, best decision ever made. Bersyukur parents paksa bawa banyak panadol, ubat gastrik, sakit tekak semua. Ubat mahal.

“Nak dapat appointment kadang-kadang tunggu sebulan. Please buat spectacles, contact lens semua dekat Malaysia! Kalau akan stay lama, buat spare. Kawan ada sanggup tunggu untuk buat contact lens di Spain sebab murah sikit. Actually bukan isu mahal, tapi sebab beza currency RM & £. Memang terasa,” tegasnya.

#2. Beli rice cooker di Malaysia.

“In general, Brits yg aku kenal masak nasi atas dapur. Rice cooker dekat sini mahal dan kadang masak tak jadi. Tak kena dgn cara Asian masak.”

  • Rice cooker 1L Msia – RM70/£12.
  • Rice cooker 1L UK – RM128/£22.

#3. Tempah “student accommodation” yang murah.

“It’s better to stay in a decent room with cheap monthly rent, then you get to travel & explore EU countries. Ramai yang menyesal ambil bilik mahal. I used to book under Amber Accommodation. Now I worked with them in the UK, Alhamdulillah,” jelasnya.

  • Bil dan WiFi adalah termasuk.
  • Murah dalam lingkungan £70-100/seminggu.
  • Zero Deposit.
  • Tidak memerlukan penduduk UK sebagai guarantor.

Untuk tips memilih tempat tinggal pula, pastikan kesemua ini ada:

  • Perjalanan untuk jalan kaki selama 15 minit ke fakulti.
  • Berdekatan dengan Tesco, Asda, ALDO, dan masjid.
  • Berdekatan dengan tram atau tempat bas berhenti.
  • “Student Accommodation” untuk harga lebih berbaloi sebab tempat tinggal untuk profesional ada Council Tax.
  • Jangan sesekali tangguh sebab makin lama akan makin mahal dan pilihan akan berkurangan. Lebih-lebih lagi di Glasgow.

#4. Item penting untuk travel ke kelas.

  • Beli payung sturdy. UK selalu hujan dan angin kuat. Payung boleh beli yang mahal sedikit untuk tak mudah patah.
  • Beli portable bidet sprayer.

#5. Daftar contactless/card.

Kebanyakan transaksi menggunakan kad, jangan guna tunai.

Yang paling biasa digunakan adalah Wise atau Monzo sebab conversion fee murah. Boleh guna kedua-duanya untuk kad digital dan fizikal. Dan untuk Wise, boleh guna alamat di Malaysia. Untuk Monzo pula kena tunggu sampai UK baru boleh daftar bagi mendapatkan kad.

Semoga tips ini dapat memudahkan urusan korang yang mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran di United Kingdom. 🙂


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd