Now Reading
Nak Sambut Krismas Di ‘Kuala London’? KJ Saran Rakyat Ambil Suntikan Booster Kedua

Nak Sambut Krismas Di ‘Kuala London’? KJ Saran Rakyat Ambil Suntikan Booster Kedua

Malaysia dijangka menerima dos penggalak vaksin bivalen pada bulan November.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Menteri Kesihatan Kerajaan Sementara Khairy Jamaluddin hari ini ditanya mengenai lonjakan kes Covid-19 ketika musim sejuk dan saranan beliau buat rakyat Malaysia yang merancang percutian di luar negara pada akhir tahun nanti.

Meskipun dalam nada berjenaka, Khairy bagaimanapun mengingatkan rakyat Malaysia untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga demi menangani kes Covid-19 yang kembali mencatatkan trend menaik.

Khairy dalam masa yang sama turut merujuk London iaitu destinasi kegemaran rakyat Malaysia, sebagai ‘Kuala London’.

“Adalah disyorkan… bagi mereka yang merancang untuk menyambut Krismas di Kuala London, mereka boleh mengambil suntikan penggalak kedua (vaksin Covid-19). Bulan depan, mungkin pada minggu ketiga atau keempat, vaksin bivalen akan tiba, jadi mereka boleh mengambil booster shot sekarang atau tunggu supaya mereka boleh menyambut Krismas dengan meriah di Kampung Bicester (di London), ” katanya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd