Now Reading
Wanita Ini Kongsi Pendapat Tentang Keperluan Untuk Sambung Belajar Ke Peringkat PhD

Wanita Ini Kongsi Pendapat Tentang Keperluan Untuk Sambung Belajar Ke Peringkat PhD

Bukan senang nak habiskan belajar sehingga peringkat PhD.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap orang ada impian masing-masing yang diingin dicapai seperti nak melancong ke seluruh dunia, miliki kereta idaman dan sebagainya.

Ada juga yang berusaha keras untuk mencapai impian menyambung pelajaran ke universiti terkemuka dunia seperti Harvard University.

BACA JUGA: Dua Pelajar Malaysia Dipilih Masuk Ke Harvard College Antara 50,000 Permohon Serata Dunia

Sesetengah orang juga bercita-cita untuk memiliki Ijazah Kedoktoran (PhD) selepas selesai mengambil Master. Tetapi mungkin ada yang masih keliru sama ada mahu meneruskan lagi pengajian atau tidak?

Perkongsian pendapat daripada seorang pengguna Twitter (Sitijamil92) tentang keperluan untuk menyambung PhD mungkin boleh membantu anda.

Menerusi perkongsian tersebut, ada beberapa perkara yang anda perlu kenalpasti terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

1. Cita-cita

Kalau anda memang memasang impian untuk belajar sehingga ke tahap tertinggi, tak salah untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat PhD.

2. Minat untuk belajar perkara baharu

Dalam dunia ini, ada banyak ilmu baharu yang kita boleh belajar. Lebih-lebih lagi apabila anda ingin bergelar seorang pendidik, ilmu yang lebih luas memang sangat penting untuk dijadikan sebagai persediaan bagi proses pengajaran.

3. Keperluan

Sesetengah kerjaya memerlukan anda untuk mendapatkan sijil PhD terlebih dahulu. Contohnya seperti pensyarah dan pakar dalam sesuatu bidang.

4. Tujuan kajian

Setiap kajian yang dibuat mesti akan ada tujuannya. Bila kita jelas dengan tujuan dan matlamat kajian, barulah kita bersemangat untuk menghabiskan pengajian PhD berkenaan.

Kita kena kenalpasti tujuan sambung belajar sehingga ke peringkat PhD. Setiap keputusan mesti ada sebabnya, betul tak? Secara asasnya, kita akan dapat apa yang kita inginkan bergantung kepada tujuan masing-masing.


Jawapan sama ada anda perlu sambung PhD atau tidak itu sebenarnya bergantung kepada diri sendiri.

Kena ambil masa untuk refleksi diri dan fikirkan keperluan dalam kehidupan anda. Kalau masih keliru lagi, amalkan solat istikharah okay?

Semoga urusan anda untuk sambung belajar dipermudahkan. Amin!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd