Now Reading
Rezeki Mencurah, Peniaga Popia Syukur Pelanggan Bertambah Lepas Shaheizy Sam Singgah Ke Kedai

Rezeki Mencurah, Peniaga Popia Syukur Pelanggan Bertambah Lepas Shaheizy Sam Singgah Ke Kedai

Peniaga kuih itu berkata rezekinya bertambah selepas pelakon Shaheizy Sam singgah ke kedai di pasaraya Giant Seksyen 13, Shah Alam untuk membeli popia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang dunia perniagaan, pasti ramai pengusaha bisnes bersetuju bahawa untuk mengekalkan pelanggan sedia ada itu adalah sesuatu yang sukar.

Bermacam-macam iklan promosi perlu dilakukan bagi memastikan pelanggan sentiasa tahu tentang keberadaan produk anda di pasaran.

Namun bagi mereka yang sedang bergelut dalam perniagaan, ingatlah bahawa rezeki daripada Allah SWT itu datang daripada pelbagai jenis cara.


Rezeki Peniaga Kuih Popia Bertambah Lepas Artis Popular Datang Ke Kedai

Seperti baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@rosizwanarifin), menyaksikan seorang peniaga kuih popia sedang melayan pelanggan yang singgah ke gerainya yang terletak di pasaraya Giant Seksyen 13, Shah Alam.

Dalam hantaran itu, pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dilihat tidak berhenti-henti singgah ke kedai tersebut untuk membeli kuih popia.

Menerusi kapsyen tertera pada hantaran, Rosiz berkata jumlah pelanggan yang ramai itu adalah disebabkan pelakon terkenal Shaheizy Sam pernah singgah ke kedainya.

Sebelum ini, pelakon itu telah datang untuk membeli popia kering dan basah dari Rosiz. Bukan itu sahaja, Shaheizy Sam yang berjubah juga dilihat telah berbual mesra bersama peniaga itu sementara menunggu pesanannya siap.

Sumber: TikTok (@rosizwanarifin)

Reaksi Netizen Lihat Rezeki Peniaga Popia Yang Bertambah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet yang tidak pernah membeli kuih itu dilihat teringin untuk merasa kuih popia dijual oleh Rosiz.

“Patut ke pergi esok? Craving pulak asyik keluar video popia ni,” ujar seorang wanita.

Bukan itu sahaja, ramai juga pelanggan setia tidak sangka bahawa kedai yang sudah lama dibuka itu masih beroperasi sehingga kini.

“Lama betul ya popia ni. Dari zaman aku kerja kilang semasa tengah tunggu keputusan Unit Pusat Universiti (UPU) lagi dah ada,” kata seorang warganet.

Seorang netizen pula dilihat telah memuji keikhlasan Rosiz dalam berniaga kerana tidak kedekut untuk memberi kuah sambal popia yang banyak kepada pelanggannya.

“Bukan main banyak sambal dia bagi,” kata seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@rosizwanarifin)

Gunakan Platform TikTok Untuk Promosikan Jualan Popia

Rosiz yang telah menggunakan platform TikTok untuk mempromosikan jualan makanan berkata dia selalu menerima pelanggan baru ke kedainya.

“Setiap hari ada sahaja customer baru datang. Ramai yang cakap nampak abang dekat TikTok,” kata Rosiz.

Dia dalam masa telah mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah banyak menyokong bisnes kecil miliknya.

Untuk info, Rosiz menjual dua jenis kuih popia iaitu popia kering dan basah dengan harga RM8 bagi setiap set.

Kedai House of Popiah tersebut juga dibuka pada setiap hari dari pukul 10.30 pagi sehingga habis jualan.

Sumber: Facebook (House of Popiah)

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Order Mi Goreng Tak Nak Taugeh, Tapi Peniaga Masukkan Juga. Siap Ada 92!

Baca Artikel Berkaitan: “Teringin Nak Tengok Ramai Pelanggan” – Permintaan Peniaga Minta Edit Gambar Kedai Makan Buat Ramai Sayu

Baca Artikel Berkaitan: [Watch] Abang Popia Gets Rockstar Treatment From Schoolkids Screaming His Name


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd