“Teringin Nak Tengok Ramai Pelanggan” – Permintaan Peniaga Minta Edit Gambar Kedai Makan Buat Ramai Sayu
Pemilik kedai makan Mehwan Gulai Kawah Feldajaya Jempol di Negeri Sembilan ini teringin untuk melihat premis perniagaannya dipenuhi ramai pelanggan.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sekarang ini boleh dikatakan semua tempat akan ada kedai makan dari peniaga yang berbeza-beza. Boleh jadi dalam jarak satu kilometer itu ada dua tiga gerai yang menjual menu sama seperti pisang goreng dan nasi lemak.
Setiap peniaga mesti akan ada keistimewaan tersendiri dan teknik penjualan yang boleh menarik lebih ramai pelanggan.
Tetapi dalam berniaga ini memang akan ada adat jatuh bangun, lebih-lebih lagi mereka yang baru memulakan bisnes.
BACA JUGA: ‘Tauke’ Nasi Lemak Serang Peniaga Kedai Sebelah Sebab Bengang Jual Menu Sama Kini Disaman
Peniaga Ini Minta Edit Gambar Kedai Seperti Ramai Orang
Baru-baru ini, tular satu hantaran dimuat naik di laman Facebook Edit Apa Hari Ini menunjukkan permintaan seorang peniaga di Negeri Sembilan agar seseorang menyunting gambar kedainya supaya dilihat seperti ramai orang.
Menurutnya, dia teringin mahu kedai makannya itu dipenuhi orang ramai sama seperti premis perniagaan lain yang viral.

Dia juga meluahkan perasaan hampir berputus asa untuk berniaga tetapi masih perlu kuat bagi meneruskan kehidupan menggunakan satu-satunya kemahiran yang dimiliki.
Pernah satu hari itu saya berniaga dari pagi sampai petang cuma dapat RM47 sahaja. Tetap bersyukur kerana masih ada pelanggan yang sudi menjamu selera di kedai kami.
Peniaga.
Ramai Yang Tolong Edit Gambar Kedai Makan Peniaga Ini Nampak ‘Penuh’
Menjengah ke ruangan komen hantaran yang dikongsikan itu, ramai yang berasa pilu membaca luahan hati perniaga berkenaan.
Pengguna media sosial yang lain juga tidak lupa untuk mendoakan agar perniagaannya terus maju dan sentiasa dimurahkan rezeki.



Dalam pada itu, beberapa individu juga sempat menyunting gambar kedai makan wanita itu. Kreatif juga mereka ini kan?


Kalau anda sendiri nak tolong ‘penuhkan’ kedai makan ini, boleh datang ke Mehwan Gulai Kawah Feldajaya Jempol, Negeri Sembilan.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.