Definisi ‘Work Life Balance’ Sebenar Oleh Rakyat Malaysia
Indahnya kalau dapat balik kerja on-time, kerja masa waktu bekerja sahaja, hujung minggu bos tak kacau dan balik rumah tak stres fikir kerja.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Apabila berbicara tentang topik ‘Work Life Balance’ ini sememangnya ramai yang mempunyai pandangan tersendiri. Tak ingin diganggu selepas waktu bekerja, pada hujung minggu, pada waktu malam, dan ketika cuti.
Walau bagaimanapun, pada zaman sekarang ini majoriti pekerja tak kiralah sektor kerajaan mahupun swasta – mengalami masalah sama iaitu dikatakan tiada ‘work life balance’.
Kerja gaji tinggi, tapi siang malam depan komputer.
Oleh disebabkan itu, pekerja akan mula merasa stres, tidak mendapat rehat yang mencukupi, mempunyai masa yang terhad untuk diluangkan bersama keluarga, dan beberapa efek negatif lain akan muncul.
Sebab itulah, pentingnya memilih kerja yang menawarkan ‘work life balance’. Kesihatan mental dan fizikal juga harus sentiasa berada dalam keadaan yang baik untuk meneruskan kehidupan dengan normal.
Nanti kalau dah jatuh sakit, kasihan ahli keluarga tiada siapa bantu. Terutamanya mereka yang bergelar ‘sole breadwinner’.
Rakyat Malaysia beri definisi sebenar ‘Work Life Balance’
Tinjauan kami di Twitter mendapati satu tweet yang dimuat naik oleh Kauthar Rozmal telah ‘memanggil’ orang ramai untuk memberikan pandangan mereka tentang definisi ‘work life balance’.
Apa maksud work-life balance?
— Kauthar Rozmal (@mohdkautharr) July 20, 2022
Tweet tersebut kini meraih perhatian ramai dengan pendapat peribadi segelintir rakyat Malaysia perihal topik ini.
Majoriti menyuarakan untuk mendapatkan lebih masa selepas waktu bekerja (working hours) dan tidak diganggu dengan urusan kerja pada waktu cuti atau di hujung minggu.
Gaji tinggi tapi dapat balik kerja on time. Kerja betul-betul time office hours je. Weekend takda siapa ganggu. Balik rumah tak stress atau anxiety fikir pasal kerja di office.
— Nur Aimuni (@nuuraimuni) July 20, 2022
Kita spend ~13jam sehari utk kerja (incl. bersiap,commute)
— FreePalestine🇵🇸🇲🇾 (@TiadaCarut) July 20, 2022
Tinggal 11 jam
6-8jam tidur
Baki 3-5 jam shj utk family/rerakan/diri sendiri on weekdays
Imagine kalau bawak balik plak kerja tu..
Last2 hidup utk kerja je la jadinya..
Sendu
Ada juga yang menyuarakan betapa bahagianya jikalau bos tidak mengacau waktu cuti dan gaji dibayar setimpal dengan kerja yang telah dilakukan.
Malah, permintaan pekerja untuk mengambil cuti (Annual Leave) juga tak perlu dipersoalkan kerana itu adalah cuti tahunan berbayar yang diberikan oleh setiap syarikat untuk kesemua pekerja yang layak.
– gaji setimpal dgn workload
— Arif⛵️ (@arifshafiq_) July 21, 2022
– appropriate elaun
– 8-5pm, no weekend
– no call after working hours
– sabtu & ahad tak diganggu
– tak perlu justify your annual leave
– paling penting, urusan kerja tak campur dgn personal life sampai serabutkan kepala. Nak tido pun susah
Ada juga yang berpendapat bahawa ‘work life balance’ ini boleh dicapai jika seseorang itu bekerja di dalam bidang/skop yang disukai. Ia secara tidak langsung membolehkan mereka membahagikan masa dengan tenang.
Kerja siap, work life balance pun dapat.
Pada saya work-life balance ni adalah kita buat kerja apa yang kita suka. Ia tidak hanya berkisar pada kerja apa, tapi samada kita suka atau tidak kerja tersebut. Bila dah capai yang itu, semuanya akan lancar. Kita boleh bahagikan masa dengan tenang.
— اناس بن محمد سليم(Abang Bawang) (@gabob94) July 20, 2022
Tak cari after working hours.
— Sya 歌💚🐍 (@mortishsya) July 21, 2022
Tak susah mintak AL.
Faham yang employees ada personal life, especially hal family.
I can practice my hobbies still.
I don’t have to sell my soul. https://t.co/ZwXv6nDd98
Untuk pekerja yang bekerja di bawah organisasi antarabangsa, mereka memilih untuk dibenarkan bekerja secara ‘remote’ di mana-mana lokasi. Asalkan kerja boleh disiapkan. Mana tidaknya, apabila berurusan dengan syarikat di luar negara, waktu (time-zone) pun berbeza.
Takkan sampai jam 3 pagi nak duduk di pejabat untuk ‘bekerja’, kan?
The flexibility to work anywhere and anytime (particularly important in international org where you are bound to work with different timezones). And performance are based on deliverables rather than time spent in the office.
— edelweiss (@cikfaratiqa) July 21, 2022
Happy job = happy life https://t.co/lcQGjEBFZW
Perlu diingatkan bahawa keseimbangan di antara pekerjaan dan kehidupan peribadi adalah sangat penting untuk diterapkan dalam kehidupan seseorang.
Keseimbangan kehidupan dalam dunia pekerjaan ini merupakan kemampuan seseorang untuk menyeimbangkan di antara tuntutan pekerjaan dan juga keperluan peribadi serta keluarga.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.