Now Reading
Ini Tips Berguna Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Temuduga Kerja

Ini Tips Berguna Untuk Anda Yang ‘Last Minute’ Nak Pergi Temuduga Kerja

Sebelum pergi temuduga kerja, bolehlah ‘stalk’ dulu media sosial syarikat.

temuduga kerja

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila nak mohon kerja di mana-mana syarikat sekali pun, mesti mereka akan minta resume untuk mengenali diri anda secara ringkas bagi mengenal pasti sama ada anda calon yang sesuai atau tidak dengan jawatan yang sedang dicari.

Bila bakal majikan sudah tertarik dengan resume kita, mesti anda akan dipanggil untuk temuduga pula.

Tapi setiap kali hadir temuduga, mesti ramai yang panik, betul tak? Lebih-lebih lagi kalau kena jawab dalam bahasa Inggeris. Risau mulut tersasul dan otak jadi ‘blank’ pula.

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Jawapan Untuk ‘Tackle’ Majikan Ketika Temuduga Kerja

Tips ‘last minute’ pergi temuduga kerja

Bagi membantu anda yang tiba-tiba dapat panggilan temuduga ‘last minute’ dari syarikat, mungkin tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter (Farid Affy) ini boleh menolong anda.

Antara tips yang dikongsikan adalah seperti berikut:

1. Cari maklumat di laman web syarikat

Kebiasaannya, setiap syarikat akan mempunyai laman web mereka tersendiri yang mengandungi pelbagai jenis maklumat seperti alamat, visi, misi, dan sebagainya.

Untuk memudahkan anda mendapatkan pelbagai informasi penting tentang syarikat tersebut, laman web mereka adalah tempat yang terbaik!

2. Layari media sosial syarikat

Media sosial merupakan tempat di mana syarikat akan berkongsi aktiviti-aktiviti mereka. Maklumat yang dikongsikan di platform ini juga lebih santai berbanding di laman web.

Melalui platform ini juga, anda boleh mengetahui perkembangan terkini tentang syarikat mereka. Mana tahu waktu anda hadir ke temuduga itu merupakan tarikh syarikat mereka genap setahun? Jadi, jangan lupa ‘stalk’ media sosial syarikat dahulu!

3. Fokus pada kata kunci pekerjaan yang dimohon

Sebelum memasuki temuduga tersebut, refresh balik kata kunci pekerjaan yang dimohon dan sentiasa ulang frasa tersebut supaya selari pengalaman kerja terdahulu serta tanggungjawab yang bakal digalas jika diterima masuk.

4. Buat senarai soalan untuk ditanya kepada syarikat

Bila nak memasuki alam pekerjaan di syarikat yang baharu, pemohon juga boleh bertanya soalan kepada pihak syarikat bagi memastikan tawaran kerja yang diberikan itu setanding dengan kehendak.

Antara soalan yang boleh ditanya kepada pihak syarikat ketika temuduga kerja adalah seperti berikut:

  • Bagaimanakah persekitaran kerja di sini?
  • Apakah cabaran terbesar yang bakal dihadapi jika memegang jawatan ini?
  • Bagaimanakah budaya kerja di sini?
  • Bagaimanakah hala tuju syarikat ini dalam masa lima tahun?

Dah dapat panggilan untuk pergi temuduga kerja pun dah cukup bersyukur sebab zaman sekarang ini agak susah juga mencari pekerjaan. Jadi, gunakan peluang tersebut untuk buat yang sebaik mungkin.

Sebelum pergi temuduga kerja, pastikan anda sudah bersiap sedia dari segi fizikal dan mental okay? Untuk sesiapa yang akan pergi ke temuduga kerja pada dalam masa terdekat ini, goodluck! 😊


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd