Now Reading
Tanda-tanda Jika Seseorang Salah Pilih Laluan Kerjaya

Tanda-tanda Jika Seseorang Salah Pilih Laluan Kerjaya

Seseorang yang berasa mereka tersalah memilih laluan kerjaya akan mudah tertekan dengan bebanan kerja yang banyak.

Tanda-tanda Jika Seseorang Salah Pilih Kerjaya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Selepas tamat belajar, kebanyakan graduan akan mula ‘job hunting’ dan cuba untuk mendapatkan pekerjaan terbaik seiring dengan jurusan yang diambil di universiti.

Tetapi jumlah graduan yang semakin bertambah ini juga menyebabkan persaingan untuk mendapatkan tawaran pekerjaan menjadi lebih sukar.

Oleh itu, segelintir graduan akan mengambil apa sahaja bidang kerjaya yang ditawarkan meskipun berlainan dengan jurusan yang dipelajari.


Petanda Jika Anda Tersalah Memilih Kerjaya

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@SyukBagiKerja) memuat naik ciapan dengan menjelaskan beberapa petanda jika seseorang itu berada di laluan kerjaya yang salah.

Berikut adalah tanda-tandanya:

1. Petanda Jika Seseorang Memilih Laluan Kerjaya Yang Salah: Rasa Sangat Terbeban Ketika Membuat Kerja

Tanda-tanda Jika Seseorang Salah Pilih Kerjaya
Sumber: Yanty Lee

Individu yang salah memilih laluan kerjaya mereka akan mula berasa malas dan tiada semangat untuk menyiapkan tugasan diberikan. Pada masa sama, mereka akan berasa terganggu dengan persekitaran kerja serta perangai bos.

2. Petanda Jika Seseorang Memilih Laluan Kerjaya Yang Salah: Prestasi Kerja Terganggu

Tanda-tanda Jika Seseorang Salah Pilih Kerjaya
Sumber: Dunia Karyawan

Petanda lain adalah apabila individu tersebut berasa susah untuk mencapai matlamat sehingga menyebabkan prestasinya merosot sepanjang bekerja.

Meskipun sudah mencuba pelbagai cara, namun masih tidak membuahkan hasil dan menimbulkan rasa keliru dengan matlamat sebenar yang perlu dikecapi.

3. Petanda Jika Seseorang Memilih Laluan Kerjaya Yang Salah: Kerap Berasa Tertekan Ketika Bekerja

Tanda-tanda Jika Seseorang Salah Pilih Kerjaya
Sumber: Astro Awani

Seseorang itu akan kerap berasa tertekan ketika melakukan kerja apabila terlalu banyak tanggungjawab pada satu masa atau diberikan tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh singkat.

Rasa tertekan ini akan menyebabkan seseorang sudah tidak seronok untuk melakukan tugasannya. Malah, mereka akan lebih berasa seperti ‘terpaksa’.

4. Petanda Jika Seseorang Memilih Laluan Kerjaya Yang Salah: Keliru Dengan Tujuan Bekerja

Tanda-tanda Jika Seseorang Salah Pilih Kerjaya
Sumber: Pexels

Walaupun sudah lama bekerja di sesebuah syarikat, sesetengah individu akan berasa seperti tiada perasaan ketika melakukan kerja dan semata-mata hanya mahu mendapatkan gaji bulanan.

Ada orang yang suka mencuba pelbagai jenis kerja untuk mengembangkan kemahiran diri tetapi individu yang salah memilih laluan kerjaya mereka akan berasa keliru serta tidak dapat menjiwai pekerjaan tersebut.


Jenis-jenis Toksik Positiviti Yang Boleh Memudaratkan Diri

Mungkin ada sesetengah orang yang dapat merasakan mereka tersalah memilih laluan kerjaya yang bukan dalam bidang diminati. Namun mereka lebih memilih untuk memendam perasaan itu dengan mengamalkan sikap ‘toxic positivity’.

‘Toxic positivity’ ini merupakan kata-kata yang tidak memberi ruang kepada seseorang untuk berasa tertekan dan sedih. Kena gembira dan positif sepanjang masa.

Terdapat beberapa jenis ‘toxic positivity’ yang boleh memudaratkan diri. Antaranya:

  • Terlalu fikir yang baik sahaja.
  • Mewujudkan motivasi yang tidak realistik.
  • Tiada ruang untuk membuat kesilapan.
  • Menggunakan negativiti sebagai sumber kekuatan.
  • Membandingkan kesusahan orang lain dengan diri sendiri.
  • Mengabaikan perasaan selain positiviti

Walaupun ‘toxic positivity’ ini nampak seperti baik, tetapi tidak berapa elok untuk kesihatan minda seseorang sebenarnya. Jadi, lebih baik kita sama-sama elakkan okey?

BACA JUGA: Ini 6 Jenis ‘Toxic Positivity’ Yang Anda Patut Elakkan Demi Kesihatan Minda

BACA JUGA: Janna Nick Dikecam Kerana Isu ‘Work Life Balance’, Amelia Henderson Tampil Beri Penjelasan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd