Now Reading
Lelaki Letak Vape Dalam Mulut Bayi 7 Bulan Ditahan Pihak Polis Di Johor Bahru

Lelaki Letak Vape Dalam Mulut Bayi 7 Bulan Ditahan Pihak Polis Di Johor Bahru

Lelaki berusia 23 tahun yang memasukkan vape ke dalam mulut bayi telah ditahan pihak polis semalam (8 Ogos) pada jam 12:45 tengah hari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Terdahulu, satu video tular di media sosial apabila seorang lelaki bertindak memasukkan rokok elektronik atau vape ke dalam mulut bayi perempuan berusia tujuh bulan di Bandar Baru Uda, Johor.

Video itu mendapat reaksi kurang senang daripada orang ramai selepas melihat aksi berbahaya yang dilakukan melibatkan kanak-kanak masih kecil.

Berikutan itu, lelaki tersebut tampil memohon maaf dan mendakwa vape yang diberikan itu sudah tidak lagi berfungsi.

BACA JUGA: [Video] Lelaki ‘Suap’ Vape Dalam Mulut Bayi Mohon Maaf Lepas Terima Kecaman Orang Ramai

Lelaki 23 tahun ditahan polis lepas ‘suap’ vape dalam mulut bayi

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid memaklumkan pihak mereka telah menerima satu laporan polis yang dibuat oleh ibu kepada bayi tersebut pada 6 Ogos 2022.

Pengadu menjelaskan anaknya pada ketika itu sedang dipangku oleh rakan kepada adiknya di sebuah kedai makan sebelum suspek bergurau dengan memasukkan vape ke dalam mulut bayi perempuan.

Berikutan itu, suspek berusia 23 tahun yang juga seorang peniaga telah ditahan oleh pihak polis Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Johor Bahru Utara semalam (8 Ogos) pada jam 12:45 tengah hari.

Pada hari ini (9 Ogos), reman akan dimohon di Mahkamah Johor Bahru untuk siasatan lanjut. Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membolehkan suspek dijatuhkan hukuman maksimum 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd