Now Reading
Pelanggan Minta Maaf Tularkan Isu Sotong Goreng Tanpa Penjelasan Sebenar

Pelanggan Minta Maaf Tularkan Isu Sotong Goreng Tanpa Penjelasan Sebenar

Pelanggan mendakwa harga dua sotong goreng di Restoran Hameediyah, Pulau Pinang berjumlah RM100.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sebelum ini, tular kes harga ikan siakap di sebuah restoran di Langkawi yang didakwa terlalu mahal sehingga melebihi RM1,000.

BACA JUGA: Pelanggan Terkejut Harga Ikan Siakap Di Langkawi Berharga RM1,196.80

Baru-baru ini, timbul lagi kes di mana hidangan sotong goreng pula yang menjadi perhatian.

Tular di media sosial apabila seorang pelanggan mendakwa dia membeli dua sotong goreng di Restoran Hameediyah, Pulau Pinang dengan harga RM100.

Pelanggan tersebut mendakwa dia hanya memuat naik gambar resit dan sotong goreng berkenaan di IG Story tanpa memberi sebarang keterangan tentangnya.

Namun, ada individu yang tidak bertanggungjawab telah ‘screenshot’ IG Story itu sebelum menularkannya.

Bukan itu sahaja, individu tersebut juga telah berkongsi gambar berkenaan di Facebook dan tag bersama 70 kenalannya.

Kredit: Facebook Hameediyah Restaurant

Pelanggan mohon maaf

Walau bagaimanapun, pengusaha restoran nasi kandar tersebut iaitu Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim telah menerima permohonan maaf daripada pelanggan berkenaan kerana telah menyebarkan berita tanpa keterangan sebenar.

Pelanggan itu sudah sedia maklum tentang harga pada paparan skrin ketika mahu membayar dan boleh menukar lauk lain jika tidak bersetuju dengan harga itu.

Pelanggan itu menghantar pesanan mesej kepada saya untuk memberi penjelasan sebenar selain mengaku bahawa dia mengetahui tentang harga hidangan sotong goreng berkenaan.

Pengusaha restoran, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim.

Pelanggan itu juga memberitahu bahawa dia tidak berniat sama sekali untuk menjatuhkan reputasi restoran tersebut.

Selain itu, pelanggan berkenaan turut meminta saya untuk memuat naik perbualan berkenaan supaya orang ramai mendapat penjelasan sebenar.

Pengusaha restoran, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim.

Namun, pihak restoran tersebut masih mempertimbangkan sama ada mereka mahu membuat laporan polis ataupun tidak kepada individu yang telah ‘screenshot’ dan menyebarkan berita bersama keterangan yang tidak benar.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd