Now Reading
‘Barbie Land’ Mendarat Di KL & PJ Sepanjang Julai Ini

‘Barbie Land’ Mendarat Di KL & PJ Sepanjang Julai Ini

‘Barbie Land’ kini berada di Pavilion KL, Sunway Pyramid dan LalaPort sehingga 31 Julai ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Filem Barbie lakonan Greta Gerwig membuatkan seluruh dunia tergila-gilakan warna merah jambu. Bukan setakat teruja untuk melihat anak patung Barbie ini ‘direalitikan’, tetapi kami juga teruja untuk melihat sendiri ‘Barbie Land’.

Peralatan dan latar belakang filem digunakan di dalam ‘Barbie Land’ termasuklah rumah, perhiasan, kereta dan pakaian berwarna merah jambu boleh dilihat di depan mata anda sendiri!

Untuk pengetahuan anda, syarikat Rosco yang mengeluarkan cat juga sudah kekurangan warna merah jambu di seluruh dunia disebabkan penangan filem Barbie.

Mana tidaknya, boleh dikatakan kebanyakan peralatan yang digunakan di dalam filem Barbie adalah berwarna merah jambu.

Bercakap tentang Barbie Land pula, mesti ramai ramai gadis yang pernah memasang impian untuk tinggal di dalam rumah boneka Barbie dan ‘hidup’ dalam dunia ‘Barbie Land kan?

Siapa sangka, impian anda kini boleh menjadi kenyataan dengan usaha keras oleh team pemasaran filem Barbie.

Percaya atau tidak, ‘Barbie Land’ sekarang pun sudah ada di Malaysia! Margot Robbie siap ‘promote’ juga ya.

https://www.tiktok.com/@warnerbrosmy/video/7253263098822348033?embed_source=121352282%2C121351166%2C121331973%2C120811592%2C120810756%3Bnull%3Bembed_blank&refer=embed&referer_url=www.therakyatpost.com%2Ffun%2F2023%2F07%2F12%2Fspot-barbie-land-this-july-in-kl-pj%2F&referer_video_id=7253263098822348033


‘Barbie Land’ Warna Merah Jambu Mendarat Di Tiga Pusat Membeli-belah

Kepada peminat Barbie di luar sana, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai kehidupan di ‘Barbie Land’ sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Lokasi-lokasi tersebut adalah:

  • Pavilion KL – Sekarang hingga 31 Julai
  • Sunway Pyramid – Sekarang hingga 31 Julai
  • LalaPort – 18 Julai hingga 31 Julai

Walaupun bukan keseluruhan rumah anak patung Barbie dipamerkan, tetapi banyak perhiasan lain yang menarik seperti kereta, kotak pembungkusan patung Barbie berskala besar dan lain-lain.

Macam mana nak tahu kalau anda sudah sampai ke ‘Barbie Land’? Senang je, cari karpet warna merah jambu!

Sumber: Instagram @meyrakhan/ Twitter @36Yunna
Sumber: Twitter @itshazmi

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lupa untuk mengembara ke ‘Barbie Land’ dan bergambar sepuas-puasnya. Ada sampai hujung bulan Julai sahaja ya!

Filem Barbie dijadualkan bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 20 Julai ini. Tak sabarnya!

BACA JUGA: [Video] Pelanggan Berebut Nak Beli Koleksi Typo x Barbie, Sampai Ada Cawan Jatuh Pecah!

BACA JUGA: Vietnam Haramkan Tayangan Filem Barbie, Didakwa Ada Kontroversi Peta Laut China Selatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd