Now Reading
Vietnam Haramkan Tayangan Filem Barbie, Didakwa Ada Kontroversi Peta Laut China Selatan

Vietnam Haramkan Tayangan Filem Barbie, Didakwa Ada Kontroversi Peta Laut China Selatan

Filem Barbie dipercayai diharamkan di Vietnam kerana memaparkan beberapa babak peta Laut China Selatan yang menunjukkan wilayah tuntutan China.

Vietnam Haramkan Tayangan Filem Barbie, Didakwa Ada Kontroversi Peta Laut China Selatan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Tarikh 20 Julai 2023 menjadi hari yang paling ditunggu-tunggu oleh para peminat animasi Barbie di Malaysia kerana tayangan filem Barbie akan mula berada di pawagam.

Filem Barbie berdurasi satu jam 54 minit itu merupakan satu-satunya filem ‘live action’ yang diinspirasikan dari patung permainan Barbie dari syarikat Mattel.

Walau bagaimanapun, penduduk di Vietnam tidak dapat melihat tayangan filem Barbie ini selepas mendapati terdapat beberapa kontroversi yang berlaku.


Tayangan Filem Barbie Diharamkan Di Vietnam

Memetik laporan media tempatan Vietnam iaitu Tuoi Tre, kerajaan Vietnam telah mengharamkan tayangan filem Barbie keluaran Warner Bros berikutan satu babak yang memaparkan peta di Laut China Selatan.

Dalam babak tersebut, ‘garisan sembilan sempang’ atau ‘nine-dash line’ pada peta itu menunjukkan wilayah yang dituntut secara unilateral oleh China di Laut China Selatan.

‘Nine-dash line’ berbentuk huruf U itu digunakan pada peta China untuk menggambarkan tuntutan mereka ke atas kawasan sekitar Laut China Selatan termasuklah Vietnam yang dianggap sebagai pelantar benuanya.

Sumber: United Nations Convention on the Law of the Sea (UNCLOS)

Menurut Ketua Jabatan Pawagam Vietnam Vi Kien Thanh, beliau menjelaskan imej dalam babak itu telah menyinggung perasaan pihak mereka.

Kami tidak memberikan lesen kepada filem Amerika ‘Barbie’ untuk ditayangkan di Vietnam kerana ia mengandungi imej menyinggung garis sembilan sempang.

Ketua Jabatan Pawagam Vietnam Vi Kien Thanh.

Filem Barbie lakonan Margot Robbie dan Ryan Gosling itu pada asalnya dijadualkan akan ditayangkan di pawagam seluruh Vietnam pada 21 Julai ini sama seperti tarikh di Amerika Syarikat.

Sumber: IMDb

Hasil carian kami sehingga kini, masih tiada maklum balas yang dikeluarkan oleh pihak Warner Bros berkaitan isu yang berlaku.

Sebelum ini, perkara hampir sama pernah berlaku melibatkan filem animasi DreamWorks bertajuk ‘Abominable’ pada tahun 2019 dan juga filem aksi Sony ‘Unchartered’ pada tahun lalu.

Pada tahun 2018, Vietnam juga bertindak memotong adegan dari filem ‘Crazy Rich Asian’ yang memaparkan beg berjenama dengan corak peta dunia yang menunjukkan pulau Laut China Selatan yang dipertikaikan di bawah kawalan Beijing.

Sumber: Versace News

Apa Sebenarnya Isu Yang Berlaku Antara Negara Vietnam Dan China?

Isu yang berlaku antara negara Vietnam dan China adalah melibatkan perebutan sempadan wilayah kelautan dan kepulauan di Laut China Selatan.

Pelbagai perebutan yang berlaku antara negara-negara Asia melibatkan Laut China Selatan dan salah satunya adalah berkaitan wilayah ‘garisan sembilan sempang’ atau ‘nine-dash line’.

Dalam wilayah meliputi kebanyakan kawasan Laut China Selatan dan Zon Ekonomi Eksklusif melibatkan Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Vietnam serta Taiwan, negara China ingin menuntut kawasan tersebut sebagai milik mereka.

Tuntutan China terhadap wilayah berkenaan telah menimbulkan rasa kurang senang kepada Vietnam yang juga ingin menuntut sebahagian daripada laluan air terbabit.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd