Now Reading
[Video] Pelanggan Berebut Nak Beli Koleksi Typo x Barbie, Sampai Ada Cawan Jatuh Pecah!

[Video] Pelanggan Berebut Nak Beli Koleksi Typo x Barbie, Sampai Ada Cawan Jatuh Pecah!

Antara barangan koleksi Typo X Barbie yang menjadi rebutan ramai adalah tumblr dan beg tangan.

Video-Pelanggan-Berebut-Nak-Beli-Koleksi-Typo-x-Barbie-Sampai-Ada-Cawan-Jatuh-Pecah-4-1

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Baru-baru ini, kedai barangan perhiasan dan juga aksesori dari Australia iaitu Typo telah melancarkan koleksi terbaharu mereka iaitu kolaborasi bersama Barbie sempena tayangan filem Barbie pada bulan ini.

Banyak juga barang yang dijual untuk koleksi Typo X Barbie ini termasuklah botol air, tumblr, beg, selipar bilik, karpet, hoodie dan banyak lagi.

Boleh tahan cantik juga ya corak pada koleksi barangan ini. Rasa macam nak beli pula.


Koleksi Typo X Barbie Jadi Rebutan Orang Ramai

Disebabkan koleksi ini cantik dan telah menarik perhatian ramai, peminat Barbie tidak melepaskan peluang mereka untuk mendapatkan barangan daripada koleksi berkenaan di Typo.

Namun, wujud insiden yang berlaku ketika para peminat Barbie terlampau teruja untuk mendapatkan koleksi tersebut sehingga sanggup berebut dengan pelanggan lain.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@maksu._), wanita ini sempat merakam video menunjukkan suasana pada awal pagi ketika sedang beratur demi mendapatkan beberapa barangan daripada koleksi Typo X Barbie ini.

Sumber: TikTok @maksu._

Dalam video itu juga, dia menunjukkan ramai orang yang beratur di luar kedai Typo cawangan IOI City Mall walaupun kedai berkenaan masih belum dibuka.

Difahamkan ketika dia mahu membeli barangan tersebut, beberapa pelanggan lain sanggup bertolakan dan berebut untuk mengambil barangan koleksi Barbie itu di bahagian rak.

Lebih malang lagi, ada cawan di atas rak yang terjatuh dan pecah di lantai kerana dilanggar oleh pelanggan.

Video tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih 667,800 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

https://www.tiktok.com/@maksu.__/video/7251971001901141250

Netizen Pun Terkejut Tengok Cara Pelanggan Berebut Beli Barangan Koleksi Typo X Barbie

Menjengan ke ruangan komen video tersebut, ramai netizen terkejut selepas melihat aksi pelanggan yang agak agresif dalam mendapatkan barangan koleksi Barbie dari Typo itu.

Mana tidaknya, ada pelanggan yang mengambil beberapa barangan sehingga penuh di tangannya.

Malah, ada juga yang meluahkan rasa sedih kerana tidak berjaya untuk mendapatkan koleksi barangan tersebut.


Hasil carian kami di laman web Cotton On, kebanyakan koleksi Typo X Barbie ini yang menjadi rebutan ramai seperti tumblr dan beg juga sudah habis terjual.

Buat anda yang tidak berjaya mendapatkan barangan diingini dari koleksi Typo X Barbie, jangan putus asa ya. Mana tahu nanti mereka akan ‘restock’ lagi?

BACA JUGA: Vietnam Haramkan Tayangan Filem Barbie, Didakwa Ada Kontroversi Peta Laut China Selatan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd